Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Papa, Isaac Tak Puasa Sebab Kena Rotan Dengan Cikgu Dan Cikgu Cakap Tolong Beritahu Papa Yang Cikgu Rotan Isaac. Kalau Tak Beritahu Papa, Nanti Esok Cikgu Rotan Lagi," Bapa Terkejut Betis Anak Usia 7 Tahun Berbirat Di Rotan Guru.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Papa, Isaac Tak Puasa Sebab Kena Rotan Dengan Cikgu Dan Cikgu Cakap Tolong Beritahu Papa Yang Cikgu Rotan Isaac. Kalau Tak Beritahu Papa, Nanti Esok Cikgu Rotan Lagi," Bapa Terkejut Betis Anak Usia 7 Tahun Berbirat Di Rotan Guru..



Viral di media sosial perkongsian seorang bapa yang kesal dengan tindakan guru disiplin di sekolah anaknya yang didakwa bertindak mengikut emosi sehingga menyebabkan kaki anaknya cedera. 

Khairil Sharwane yang memuat naik gambar-gambar kesan kecederaan di kaki anaknya di Facebook malam tadi berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anaknya. 


"Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Itulah pepatah Melayu telah berkata. Saya tak tahu bagaimana nak menceritakan kejadian yang berlaku ini. 

"Hari ini jam 1.30 petang 22 Mei 2018, anak saya pulang dari sekolah dan telah memaklumkan dia dirotan oleh guru disiplin, membuatkan anak saya tidak larat hendak berpuasa. 

"Papa, Isaac tak puasa sebab kena rotan dengan cikgu dan cikgu cakap tolong beritahu papa yang cikgu rotan Isaac. Kalau tak beritahu papa, nanti esok cikgu rotan lagi," itulah ayat pertama bila anak aku sampai di rumah. 


"Saya anggap perkara itu mungkin sebagai denda kerana kenakalannya dan masa itu saya belum perasan lagi apa yang telah berlaku. 

"Tiba-tiba anak saya datang menunjukkan kesan-kesan birat di kakinya yang telah dirotan. Itu pun anak saya dah sapu kesan birat itu dengan minyak gamat," katanya. 



Khairil menjelaskan, anaknya mungkin nakal tetapi hukuman yang diberikan oleh guru disiplin berkenaan agak keterlaluan sehingga mendatangkan kecederaan. Selain itu, beliau juga kesal dengan sikap pihak sekolah anaknya yang didakwa tidak bertanggungjawab. 

"Luluh hati ini, berderai air mata saya bila melihat betis anak saya hampir koyak dirotan oleh cikgu disiplin. Anak saya mungkin nakal tetapi umurnya baru tujuh tahun. Sungguh kejam cikgu memperlakukan anak saya sebegini. 

"Jika saudara saudari yang mempunyai anak, adakah anda sanggup anak anda diperlakukan sebegini? 

"Pihak sekolah tidak membantu atau memberi kerjasama. Bila pihak kita telefon, pelbagai alasan yang diberi untuk mengelak. Anak saya baru berusia tujuh tahun, bukannya 17 tahun," katanya. 




Ekoran kejadian itu, Khairil telah membuat laporan polis dan laporan perubatan juga telah diperoleh untuk tindakan lanjut. 

Khairil menegaskan, beliau tidak berdendam apatah lagi bersikap kejam, tetapi geram dan kesal dengan guru berkenaan yang bertindak tidak menggunakan otak, sebaliknya mengikut nafsu amarah. 


"Saya telah membuat laporan polis. Biarlah pihak polis yang menguruskan. Laporan perubatan juga telah diperoleh dari Hospital Ampang. 

"Saya tidak berdendam, geram tetap geram. Tetapi saya pun ada perasaan. Saya tahu cikgu pun ada keluarga, saya tidak kejam untuk memenjarakan cikgu. Cikgu bila buat kerja biar guna otak, jangan ikut nafsu," katanya.

Sumber : Lebai Kay Khairil Sharwane


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IJV11J

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.