Hi! Welcome Back and Stay Tune! JASA, SPAD dan beberapa lagi agensi dibubarkan untuk kurangkan perbelanjaan kewangan negara - PM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JASA, SPAD dan beberapa lagi agensi dibubarkan untuk kurangkan perbelanjaan kewangan negara - PM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa agensi dan badan kerajaan akan dibubarkan bagi mengurangkan perbelanjaan kewangan negara, lapor Sinar Harian. 
Dr Mahathir berkata, beberapa agensi itu termasuk Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). 
"MPN pada awalnya ditubuhkan sebagai badan untuk memperoleh maklumat daripada mereka berpengetahuan tinggi, namun akhirnya berunsur politik dan dipergunakan kerajaan terdahulu,” katanya.
Begitu juga dengan khidmat JKKKP di seluruh negara akan diberhentikan kerana lebih banyak berunsur politik berbanding menjalankan tugas pentadbiran. 
“Kita sudah ada pegawai kerajaan yang boleh jalankan tugas. Kita tidak akan beri ganjaran kepada JKKKP kerana kita tidak mahu amalkan politik seperti kerajaan terdahulu,” katanya.
Beliau berkata gaji dibayar kepada JKKKP seolah-olah menjadi kerajaan tambahan dalam pentadbiran.
Terdahulu Dr Mahathir mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama di pejabat rasmi beliau di Jabatan Perdana Menteri yang turut dihadiri kesemua menteri kabinet Pakatan Harapan (Harapan) yang baharu dilantik.


Sumber JASA, SPAD dan beberapa lagi agensi dibubarkan untuk kurangkan perbelanjaan kewangan negara - PM

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KLBuhK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.