Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelbagai Inisiatif Pengangkutan Awam Wajar Diteruskan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelbagai Inisiatif Pengangkutan Awam Wajar Diteruskan



Di kala ini, ramai pengusaha pengangkutan awam darat negara berasa sedikit gusar setelah berlakunya peralihan kuasa setelah kerajaan Barisan Nasionalsebelum ini tumbang ditangan Pakatan Harapan. 

Kebimbangan ini sebenarnya mempunyai asasnya yang tersendiri. Manakan tidak, sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional telah merangka pelbagai pelan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk memangkin kemajuan pengangkutan awam darat negara dengan memberikan pelbagai inisiatif.

Namun, setelah kerajaan BN ini tumbang, ramai yang masih tertanya-tanya, adakah pelbagai insiatif ini akan diteruskan ataupun di batalkan. Sebagai contoh, perkhidmatan MyBAS yang kini dalam rangka perlaksanaan di Johor Bharu. Adakah ianya akan diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan hari ini?

Secara amnya, sebagai sebuah negara yang sedang menuju kearah sebuah negara maju menjelang 2020, perkhidmatan pengangkutan awam darat negara perlu di optimumkan supaya ianya sejajar dengan kemajuan negara.

Perlu diingatkan bahawa, mutu pengangkutan awam adalah cerminan terhadap kemajuan dan keupayaan negara dalam menyediakan mutu pengangkutan awam yang terbaik. Andai kita gagal dalam menyediakan kemudahan ini, bayangkan bagaimana tanggapan masyarakat luar terhadap mutu pengangkutan awam darat negara.

Dalam hal ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) kekal komited untuk melaksanakan apa sahaja hala tuju kerajaan baru mengenai pengangkutan awam. Sejak dari 2010, SPAD tidak pernah gagal dalam melindungi dan menjaga kebajikan kesemua penyedia pengangkutan awam darat negara samada teksi, Grab, bas henti-henti, bas ekspres, jaringan tren dan perkhidmatan lori.

Apa yang diharapkan kini adalah, kerajaan Pakatan Harapan dapat terus mengekalkan usaha yang dilakukan oleh SPAD dengan kerjasama pelbagai agensi keselamatan yang lain supaya mutu perkhidmatan awam darat negara kekal terpelihara dan berkemungkinan besar mampu ditingkatkan sesuai dengan peredaran zaman.

Malah, bagi para pengusaha dan pengendali pengangkutan awam, mereka juga amat berharap, apa yang mereka nikmati hari ini tidak terhenti begitu sahaja. Inilah yang dimahukan oleh para pengusaha dan pengendali pengangkutan awam darat negara.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GKpb2V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.