Samsung Inginkan Semua Peranti Mereka Mempunyai Sokongan Kecerdasan Buatan Menjelang 2020
Pada hari ini, Samsung sekadar lebih memfokuskan kepada sokongan kecerdasan buatan lebih pada telefon pintar mereka sahaja. Namun, ia dijangka akan berubah tidak lama lagi, dimana syarikat gergasi daripada Korea Selatan berkenaan menyasarkan untuk mengintegrasikan ciri kecerdasan buatan pada semua produk Samsung menjelang 2020.
Untuk tujuan berkenaan, Samsung dilihat akan terus menambah-baik sokongan Bixby, dan telah mula menghimpunkan sejumlah tenaga kerja untuk bahagian kecerdasan buatan dibawah Samsung.
Berbeza dengan beberapa pengeluar lain, Samsung mempunyai sejumlah penawaran produk, daripada televisyen, peti sejuk, mesin basuh, dan sebagainya. Dengan mengintegrasikannya secara menyeluruh, ia akan memudahkan peranti berkomunikasi antara satu sama lain, selain memudahkan lagi kehidupan harian para pengguna.
Walaubagaimanapun, seperti biasa, Samsung perlu menambah-baik sokongan kecerdasan buatan mereka yang mana dilihat sedikit ketinggalan berbanding Google Assistant, Alexa mahupun Siri.
Samsung menyasarkan pengenalan Bixby 2.0 pada tahun ini, yang mana dijangka memperlihatkan penambah-baikkan berbanding versi sebelum ini. Sama-sama kita nantikannya, dan melihat sendiri permulaan integrasi kecerdasan buatan Samsung ini pada produk-produk mereka yang lain.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IK5A4P
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment