Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jawatan ahli majlis PBT tamat serta merta - MB Perak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jawatan ahli majlis PBT tamat serta merta - MB Perak

IPOH: Jawatan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap daerah di Perak yang dilantik oleh kerajaan sebelum ini akan ditamatkan serta merta, kata Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu.

Pengerusi Pakatan Harapan Perak itu berkata pelantikan baharu jawatan akan dibincang oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Yong Choo Kiong dan akan diumumkan nanti.

"Dalam masa yang sama, semua kemudahan awam seperti dewan-dewan orang ramai dan sebagainya yang sebelum ini dikawal selia ketua-ketua kampung kini diambil alih sepenuhnya oleh Pejabat-pejabat Daerah atau Pejabat-pejabat Penghulu," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pertama di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai Sukan Malaysia (Sukma) 2018 yang dijadual berlangsung pada September ini, Ahmad Faizal berkata penganjuran itu akan diteruskan dan akan dikendalikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Lee Chuan How.

"Kita mengharapkan saudara Howard (Lee Chuan How) meneruskan semua perkara yang perlu disiapkan. Kerajaan Persekutuan melalui Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) telah meluluskan peruntukan tambahan bagi memastikan kelancaran penganjuran Sukma berkenaan," katanya tanpa menyatakan jumlah tambahan berkenaan.

Sementara itu, Lee berkata beliau akan mengadakan tinjauan dan membuat pemerhatian secara menyeluruh di kesemua tapak penganjuran Sukma dalam memastikan persediaan penganjuran sukan tersebut.

"Saya juga akan berjumpa dengan kesemua yang terlibat dalam Sukma termasuk secara langsung dan tidak langsung," katanya.

Sukma edisi ke-19 yang bakal berlangsung di Perak nanti akan disertai kira-kira 11,000 atlet dan pegawai daripada 14 kontinjen seluruh negara dalam 26 jenis sukan merangkumi 369 acara.

-- BERNAMA



Sumber Jawatan ahli majlis PBT tamat serta merta - MB Perak

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2s4qSnu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.