IBU BAPA Tolong Jangan Ambil Mudah Sekiranya Bayi Anda Kerap Garu Kepalanya...
Anak merupakan permata hati buat pasangan suami isteri. Ini satu kisah teladan yang patut di ambil tahu oleh ibu bapa tentang tabiat anak terutama masih bayi.
Jika melihat ada satu tabiat yang selalu anak buat dan lain dari bayi yang lain, sebagai ibu bapa haruslah buat pemeriksaan.
Kes yang berlaku ini boleh lah dijadikan contoh.
Menurut laporan China Press, ada sepasang suami isteri di negara China menyedari anak mereka yang berusia satu tahun bernama An An kerap menggaru kepalanya.
Oleh kerana kerana terlalu kerap, ibu bapa ini mula berasa hairan.
Mula-mula, ibu bapa ini ingatkan perbuatan itu adalah tindakan biasa bayi yang uska bergerak dan menyentuh rambut dan kepala.
Tetapi, setelah dua minggu asyik menggaru kepala, ibu tersebut merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada bayinya itu apabila An An masih kerap garu bahagia kepala dan membuat ekspresi sedang sakit.
Kata ibu bapa ini, wajahnya kelihatan seperti dia sedang rasa sakit kerana bayi itu akan mengerutkan dahinya.
Kerana risau dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada bayinya itu, ibu bapa ini membawa bayinya berjumpa pediatrician, pakar kanak-kanak untuk diperiksa.
Syukur ibu bapa ini mengambil tindakan ini, rupanya anaknya itu menghidap radang di dalam telinga.
Doktor mengesahkan anaknya menghidapi jangkitan otitis media, iaitu satu keadaan di mana bahagian tengah telinga mengalami keradangan dan jangkitan.
Terkejut ibu bapa ini, ingatkan garu kepala rupanya kena jangkitan di telinga.
Mujur doktor dapat memberi rawatan kepada An An dan peluang untuk pulih sepenuhnya agak tinggi.
Keadaan bayi boleh menjadi lebih teruk sekiranya mereka mengabaikan sahaja dan tak berjumpa doktor.
Otitis media adalah keadaan yang jangkitan kuman yang boleh terjadi kepada bayi dan kanak-kanak.
Kalau anak anda ada tanda yang meragukan jangan kuatir untuk membawa mereka berjumpa dengan doktor.
Jika lihat bayi seperti lebih kerap menangis, mudah menagmuk, tak tidur lena, selalu sentuh dan tarik telinga boleh lah buat pemeriksaan doktor.
Biasa nya kalau anak yang sudah besar sikit, mereka akan beritahu ada sakit di bahagian telinga, atau ada masalah pendengaran.
Kepada ibu bapa di luar sana pula, anda harus lebih peka dengan tindak tanduk anak anda yang kelihatan luar biasa demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Semoga anak kita semua sihat selalu hendaknya. -PENMERAH
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2N1AIyI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment