Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Kenapa sayang buat macam ini? Sepatutnya sayang di rumah" - Luluh Hati Isteri Bila Tahu Itu Suaminya.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Kenapa sayang buat macam ini? Sepatutnya sayang di rumah" - Luluh Hati Isteri Bila Tahu Itu Suaminya..



Satu kejadian menyentuh hati telah berlaku di negeri di bawah bayu iaitu Sabah.

Punah hati seorang isteri apabila mengetahui bahawa suami sendiri merupakan suspek penyeluk saku yang dikejar dan dibelasah sebelum diikat orang ramai di Pasar Tamu Putatan, Penampang.



Kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi itu, suspek dipercayai cuba menyeluk beg duit seorang wanita.

Ianya telah gagal setelah mangsa terperasan dan menjerit meminta tolong, lantas orang ramai terus mengejar dan menangkap suspek tersebut.

Suspek kemudian dipukul dan telah diikat sementara menunggu pihak polis,.

Kemudian kejaduan meruntun hati telah berlaku. Secara tiba-tiba seorang wanita menghampiri dan terus memeluk suspek.

Rupanya wanita itu adalah isteri kepada suspek.

Isteri kepada suspek kemudian terlalu sedih dan menangis rupanya suspek itu suaminya.

"Kenapa sayang buat macam ini... sepatutnya sayang di rumah waktu ini,"

Wanita itu menangis teresak-esak dan berkali-kali bertanya kepada lelaki itu kenapa dia sangguo buat seperti itu.

Situasi itu mengundang rasa simpati orang ramai kepada wanita itu.



Polis kemudian tiba di lokasi kejadian dan suspek dibawa ke Balai Polis Putatan, Penampang untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan selepas disyaki melakukan jenayah seluk saku beg duit seorang wanita di kawasan pasar tamu berkenaan.

Polis menyatakan suspek warga tempatan berusia 33 tahun manakala barang rampasan diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan lanjut.






Sumber: Berita Harian

✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PmSrlK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.