Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyanyi Azreen Manan Disahkan Meninggal Dunia, Berita Disampaikan Erra Fazira - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyanyi Azreen Manan Disahkan Meninggal Dunia, Berita Disampaikan Erra Fazira


Sebelum ini ada laporan tentang penyanyi 90an iaitu Azreen Manan yang sedang sakit dan kritikal akibat komplikasi kanser.

Azreen Manan menghidap kanser servik tahap empat, dan telah dimasukkan ke Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya minggu lalu.

Hari ini, Azreen Manan dilaporkan telah pergi buat selamanya, beliau disahkan telah meninggal dunia.

Berita sedih ini disampaikan oleh selebriti popular Erra Fazira yang juga rakan kepada Azreen Manan.



Ini tulis Erra Fazira di laman IG miliknya sebentar tadi:

Innalillahiwainnailaihirojiun...

adinda kesayangan ramai Azreen Manan telah kembali menemui Sang Pencipta.. .

Maaf adikku.. tak sempat kakak menziarah mu disaat2 terakhir hayat mu.

Ya Allah, ampunilah segala dosa2 adinda Azreen selama hayatnya ada.. moga Kau tempatkan beliau di kalangan hambaMu yg soleh dan solehah.. Perginya adinda Azreen sangat di rasai.. adik yg ramah, manja dan dsyangi ramai.. damailah dikau dsana wahai adik.. segala kenangan manis akan akak simpan hingga ke akhir hayat. Hilang sudah penderitaan yg Erin tanggungi di dunia yg sementara ini.. kini kau di tempat yg abadi menemui Yang Maha Esa.. Moga dsana segalanya indah dan jauhhhh lebih mendamaikan adikku.

Dengan Lafaz Bismillah.. Marilah kita sama sama sedekahkan Alfatihah buat almarhumah Azreen Manan 


ALFATIHAH..





Sementara itu, suami Azreen Manan bernama Shah turut mengsahkan perkara berkenaan.



Allahyarham Azreen Manan meninggal dunia pada pukul 1.06 petang di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya.

Kata suaminya, arwah menghembuskan nafas terakhir dengan tenang di sisi keluarga dan sahabat terdekat.

Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur selepas solat Asar.

Takziah buat keluarga, mari sama kita doakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al Fatihah. -PENMERAH

Sumber: Instagram Erra Fazira



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Phx31v

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.