Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelakon Watak "Husna" Kini Bergelar Datin.. Ada Juga Yang Busuk Hati, Lihat Respon Datin Niena Baharun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelakon Watak "Husna" Kini Bergelar Datin.. Ada Juga Yang Busuk Hati, Lihat Respon Datin Niena Baharun


Beberapa minggu lepas, watak Husna dalam drama bersiri Jangan Benci Cintaku, mencetuskan fenomena tersendiri.

Habis teruk watak ini dikecam ekoran sikapnya yang mengganggu rumah tangga orang lain iaitu watak Shah (lakonan Saharul Ridzwan) dan Fika ( lakonan Zahirah Macwilson).

Watak Husna ini sekaligus telah mempopularkan pelakon yang sedang meningat naik iaitu Niena Baharun.



KINI DAPAT DATIN

Dalam perkembangan terkini Niena Baharun sekali lagi menerima rezeki suaminya, Aliff Firdaus Abdul Hadi menerima Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk semalam.

Menerusi laporan portal Gempak.com, pengurniaan darjah kebesaran itu diadakan di alam satu istiadat di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang semalam.

Ini sekaligus membuatkan pelakon yang pernah membintangi drama Sayangku Kapten Mukhriz itu mendapat gelaran Datin.



Niena Baharun juga sempat membuat ucapan tahniah dan syukur kepada suami nya di atas anugerah yang diberikan.

Ini tulis Niena Baharun:

"Congrats hubby. I'm so proud of you. Syukur Alhamdulillah,"

Pelbagai komen dan ucapan tahniah ditulis oleh follower Niena Baharun di gambar berkenaan.

Semuanya menyatakan itu mungkin rezeki anak yang sedang dikandungkannya.



ADA YANG BUSUK HATI

Namun , bukan semua follower yang senang dengan berita tersebut malah ada yang menyifatkan gelaran itu tidak membawa sebarang makna langsung dan Husna hanya bermegah-megah.

Sampaikan ada juga yang mempertikaikan kenapa suaminya dapat anugerah Datuk itu.

"Senang betul orang dapat pangkat Datuk sekarang lepas tu bangga-bangga pula," tulis salah seorang pengguna di Instagram.

Komen sebegini mencetuskan pelbagai provokasi di ruang komen di gambar berkenaan.



RESPON NIENA BAHARUN

Namun, Niena Baharun terbaca komen itu dan sempat memberi komen balas di ruang komen itu.

"Semua ini anugerah Allah. Tiada apa pun yang nak dibanggakan tapi saya sebagai isteri kepada suami saya bangga dengan kejayaan beliau atas usahanya untuk terus maju ke hadapan bukan mencari kesalahan orang,"

Niena Baharun bernikah dengan Aliff Firdaus pada 1 Februari 2018. Disaat ini,  Niena Baharun  sedang hamil anak pertamanya.

Apapun, tahniah diucapkan buat buat Niena Baharun dan juga suaminya. Semoga sukses selalu. -PENMERAH



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2N1C7FH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.