Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maut Terkena Renjatan Eletrik, Bahaya Guna Telefon Bimbit Ketika Sedang Cas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maut Terkena Renjatan Eletrik, Bahaya Guna Telefon Bimbit Ketika Sedang Cas

 
Telefon bimbit merupakan satu keperluan ketika ini. Semua orang kini seperti sudah wajib mempunyai telefon bimbit.

Bukan sahaja digunakan untuk telefon dan menghantar mesej, kini telefon bimbit mampu bertindak seperti komputer, untuk bekerja, untuk hiburan, bermain game mahupun sebagai medium perhubungan menerusi pelbagai aplikasi.




Namun ramai yang tak tahu, bahaya menggunakan telefon bimbit jetika sedang cas.

Sebeanrnya ianya boleh mengundang maut. Ada dua kes yang boleh dijadikan sebagai teladan buat semua.

Memang bahaya kaalu guna handphone ketika seadng cas ini.

Jom baca dua kes ini yang berlau di Malaysia.




KES DI JASIN MELAKA (Tahun 2018)

Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik telefon bimbit yang sedang dicas menggunakan charger di Kampung Baru Nyalas, Jasin Melaka.

Mangsa bernama Rosli Othman, 35 tahun ditemui tidak sedar diri di sebuah bilik di rumah rakannya.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu, berkata kejadian disedari rakannya selepas melihat mangsa terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Di sisi mangsa, terdapat sebuah telefon bimbit, alat pengecas telefon serta wayar sambungan elektrik. Pemeriksaan awal ke atas mangsa mendapati tiada kecederaan lain.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Daerah Jasin dan hasil laporan kematian disebabkan degupan jantung tidak stabil,"


Arshad berkata, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan siasatan turut mendapati tiada sebarang unsur jenayah.




KES DI KAJANG, (Tahun 2016)

Seorang ibu kepada dua orang anak dipercayai mangsa pertama di negara ini yang maut akibat terkena renjatan elektrik semasa bercakap menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas dalam satu kejadian di Taman Desa Baiduri, Cheras, Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku pada tahun 2016 dan lebih menyedihkan mangsa bernama Suhana Mohamad meninggal dunia pada hari jadinya yang ke-30.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa dikatakan sedang bercakap menggunakan telefon bimbit sebelum terkena renjatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji mengesahkan kejadian tersebut.

Siasatan pihak polis mendapati ketika kejadian, suami mangsa merupakan anggota polis berpangkat Koperal sedang tidur, manakala mangsa sedang bercakap menggunakan telefon yang sedang dicas.

Namun tanpa diduga,  mangsa telah terkena renjatan elektrik berpunca daripada penggunaan telefon yang sedang dicas itu.

Suami mangsa kemudian telah membawa isterinya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan kemudian disahkan meninggal dunia.





Dua kes ini wajar dijadikan ihktibar buat semua supaya tidak menggunakan telefon ketika sedang cas.

Apatah lagi kini sedang viral pelbagai game yang memerlukan telefon sentiasa mmepunyai bateri.

Diharap semua dapat berhati-hati. Jangan gunakan telefon bimbit jetika sedang cas!! -PENMERAH

Sumber: Kosmo



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Ppoulp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.