Hi! Welcome Back and Stay Tune! SST Tak Akan Turunkan Harga Barang.. Mesti Naik Punyalah! - Ahmad Maslan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SST Tak Akan Turunkan Harga Barang.. Mesti Naik Punyalah! - Ahmad Maslan



Datuk Seri Ahmad Maslan (Ahli Parlimen Pontian) sebelum ini memang amat popular dengan cukai GST.

Kali ini setelah Barisan Nasional tewas, GST telahpun dihapuskan malah SST pula akan diperkenalkan selepas ini.

Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Sales And Services Tax (SST) yang akan dijalankan oleh kerajaan Pakatan Harapan tak akan mampu menurunkan harga barang, malah barang akan naik harga.



Ini komennya:

"Dengan ini saya ingin menyebut, yang ini boleh ulang, SST tak akan mampu menurunkan harga barang. Viralkan apa yang saya sebut"


"Dari cukai kosong kepada cukai 10%, mesti naik punyalah"

"Kilang mana yang sanggup kurangkan keuntungan sebanyak 10% untuk menyerap kos SST.. TAK ADA, apa akan berlaku barang import akan kena 10%"

"SST = senyap senyap tambah, slow slow tipu" 



Datuk Seri Ahmad Maslan tetap berpegang kepada ungkapannya sebelum ini bahawa GST boleh menurunkan harga barang dan bukan sebaliknya seperti mana yang viral sebelum ini.

"Terdapat beberapa bukti…pertamanya apabila GST dilaksanakan pada 1 April 2015  masuk dalam semua akhbar syarikat-syarikat kereta menurunkan harga kereta. Kenapa harga kereta turun apabila GST dilaksanakan…sebabnya SST untuk harga kereta sebelum itu ialah 10 peratus. Apabila kita tukar kepada GST  enam peratus dan 10 peratus dimansuhkan maka harga kereta turun. Itu adalah bukti pertama.

"Keduanya ialah banyak berlaku jualan murah di pelbagai tempat setelah GST dilaksanakan beberapa bulan. Kenapa berlaku jualan murah…orang beranggapan apabila GST dilaksanakan harga barang  menjadi mahal dan mereka tangguhkan seketika untuk membeli barang. Nak beli sofa tambahan ditangguhkan dahulu…nak beli baju ditangguh dahulu dan sebagainya lagi.



"Ekoran itu permintaan menurun dan apa yang berlaku ialah untuk melariskan semula jualan barang-barang tersebut peniaga  mengadakan jualan murah dan inilah yang berlaku"

"Kenyataan saya sebelum ini yang dimanipulasi  oleh pihak sana dan persepsi dengan realiti merupakan perkara yang berbeza. Inilah realitinya yang sebenar"

Datuk Seri Ahmad Maslan berkata demikian pada program  Diskusi Dari Parlimen yang mengenengahkan topik SST: Harga Barang?

Sumber: MediaUMNO



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PmSQog

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.