"Mak, Bangunlah Mak.." - Luahan Air Mata Linda Rafar, Sebak Membacanya
Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar meluahkan rasa sedih apabila ibunya kini sedang dalam keadaan tak sedarkan diri dan kini dirawat di Hopital Shah Alam, Selangor.
Linda Rafar memuatnaik satu status yang mahu ibunya terus kuat melawan penyakitnya itu dan meminta bangun serta sihat kembali.
Linda Rafar mahu ibunya itu kembali sembuh dan dia mahu habiskan masa bersama ibu tersayang untuk kali terakhirnya.
Ini luahan Linda Rafar:
"Mak, bangunlah mak, sila kuat dan lawan. mak kan kuat macam linda. mak sejak mak sakit dan tak sedar, linda lost mak, hilang rasa segalanya. Selalu mak akan call pagi, malam, sekarang dah tak ada. Sembuhkanlah mak aku, nak spent time dengan dia buat kali terakhir"
Ini fotonya:
Linda juga sempat meluahkan rasa hatinya di laamn IG semalam.
Penyanyi ini menceritakan kebaikkan ibunya yang amat rapat dengan dirinya.
Sejak jatuh sakit, Linda Rafar amat sedih dan rindu dengan ibunya itu.
Jom baca kisah ibu Linda Rafar yang kini sedang dirawat di Hospital Shah Alam.
SEMBUHKANLAH IBU LINDA RAFAR
Ya Allah, lindungilah ibu Linda. Berikan dia kekuatan yang tidak terbilang. Angkatkan segala kesakitan itu, kurniakan kemudahan kesembuhan kenikmatan kesihatan. Ameen Ya Rabb.. Semoga doa dimakbulkan.
Just nak kongsi sikit tentang mak linda ni. sape yang kenal linda tahu la mak linda ni suka anak dia berjaya dalam kerjaya dan agama... dari kecik linda memang anak paling rapat dengan mak.. sampai laa tua ni pon still apa mesti cari mak.. pendek kata 1001 rahsia dalam hidup hanya kongsi dengan mak linda je.. i trust her 101%.
IBU SEORANG WANITA YANG KUAT
Mak ni strong woman dan linda ikut cara dia 100%.. mak tak pernah susahkan hidup anak-anak dia, tak pernah paksa mintak duit or apa yang luar kemampuan kami 6 beradik.. malah mak suka bersedekah ada duit sikit sanggup pergi kedai beli sendiri barang dapur dan bagi pada anak dia walau pon dia tak kuat berjln.. Mak sayang sangat anak linda terutama Arwah Memen tu laa cucu paling dia sayang tapi pergi lebih awal anak syurga yang dia sygg sangat tu..
MAK SELALU CALL LINDA RAFAR
Setiap hari mak akan call semua anak-anak dia setiap 2-3jam tapi linda yang kerap dia call.. Bila Mak sakit sejak 2 hari lepas HP linda tak ade pon berdering dan tulis MAK!!! Ya allah cepat betul terasa masa berlalu begitu pantas..hari ni mak dah tak sedar.
PUNCA SAKIT
Doc nak tebuk saluran pernafasan tapi kami adik beradik tak sanggup tengok mak di lakukan begitu.. kesian sebab pagi tadi dan semalam rancak jugak dia berborak.. Punca kena gigitan binatang yang kami tak pasti di tangan terus bengkak dan kena operation dan terus effect buah pinggang kerana menurut doc kuman merebak begitu pantas..
Air mata mengalir ni dan dada tak tahan sangat sebak teringat kebaikan dan kasih sayag mak pada anak, sampai tak selera nak makan dan minum sepanjang hari ni.. terpikir macam tak cukup je jasa mak yang linda nak balas...
MAK KAWAN BAIK LINDA
Mak, Nak bagi tau linda sayang mak sangat dan linda tak tau laa if allah ambik mak hilang la tempat linda nk bercerita segala masalah nanti.. mak la kawan baik linda dan kawan gaduh..if mak tak ade tak tau hidup ni macam mane.. Ya allah kuatkan aku..
Ya allah kesiani aku
Ya allah sembuhkan ibuku..
Ya allah hanya allah sahaja yang tau hati dan keadaan linda sekarang ni
Mohon semua followers sedekahkan al-fatihan kepada Rasimah binti abdul rahman mintak allah sembuhkan penyakit ibuku..
Sumber: IG Linda Rafar
Semoga ibu Linda Rafar terus kuat dan kembali sembuh seperti sebelum ini, marilah kitaramai-ramai doakan kesihatan ibu Linda Rafar bernama Rasimah ini atau lebih mesra disapa CikNon. -PENMERAH
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2N6OobG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment