Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Saya Harap Keadilan Ditegakkan!!" - Penjual Burger Buat Report Polis, Terima Ancaman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Saya Harap Keadilan Ditegakkan!!" - Penjual Burger Buat Report Polis, Terima Ancaman

 
Isu bas RapidKL merempuh beberapa buah kereta dan cuba melarikan diri telah menjadi tajuk utama di semua media di Malaysia.

Kes ini menjadi viral apabila dua buah video dimuatnaik di laman FB yang menggunakan nama Azri Arip.

Azri Arip merupakan pemilik gerai menjual burger yang telah mengejar bas berkenaan selepas terlibat dalam satu kemalangan yang turut terkena gerainya.




Selepas kes ini menjadi viral, banyak spekulasi yang timbul terutama dari netizen.

Sehingga ayang membuat cerita mengatakan Azri Arip menajdi punca dengan ingin mencederakan pemandun bas dan mengejar bas dengan senjata.

Itu merupakan satu dakwaan yang tak benar sama sekali, jelas Azri Arip.

Bukan Azri dan rakan-rakan yang memukul pemandu bas itu setelah ditangkap, ianya orang awam lain yang turut geram dengan pemandu bas itu kerana merempuh banyak kereta.



Malah Azri Arip mendakwa ancaman yang diterima termasuk salah satu dari kumpulan pemandu bas RapidKL, yang mengatakan mereka mahu berhadapan dengannya di gerai burger dan mencetuskan kekecohan.

Ini komen Azri Arip:

"Saya harap keadilan dapat ditegakkan dalam kes ini."

"Saya telah membuat laporan polis di balai polis Hulu Kelang,"


Azri Arip memberitahu, segala yang dia cerita kepada wartawan adalah merupakan kisah yang sama seperti dalam laporan polis.



Ini jelas Azri Arip lagi

"Saya dapati ramai mendakwa di media sosial bahawa kami menggunakan kayu dan pedang samurai untuk menyerang pemandu bas.

"Itu benar-benar palsu. Kami tidak membawa sebarang senjata bersama,"

"Saya tidak buat seperti itu. Jika pemandu bas berhenti dan turun dari bas selepas perlanggaran awal, ia tidak akan menjadi begitu buruk.

"Malah selepas pemandu bas merempuh semua kenderaan, dia masih cuba melarikan diri,"



Kerjasama penuh polis akan diberikan.

Azri Arip juga dilihat tidak lagi berkongsi video tersebut selepas banyak spekulasi dibuat para netizen.

Netizen mula kurang mengecam Azri Arip setelah pemandu bas berkenaan disahkan positif bahan terlarang. -PENMERAH

Sumber: mStar



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2N5KWyo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.