Hi! Welcome Back and Stay Tune! Barisan Kabinet Sarawak dijangka diketahui hari ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Barisan Kabinet Sarawak dijangka diketahui hari ini



sarawak1

KUCHING: Barisan Kabinet baharu kerajaan negeri Sarawak dijangka diketahui hari ini, enam hari selepas BN menerima mandat baharu dari rakyat untuk meneruskan kesinambungan pentadbiran.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dijangka mengumumkan barisan Kabinet itu di bangunan Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya di sini pada kira-kira 3 petang.

Pihak media dimaklumkan Jabatan Penerangan Sarawak petang semalam, Adenan akan mengadakan persidangan media hari ini mengenai barisan Kabinet baharu negeri.

Perhatian pastinya terarah pada siapa yang akan dipilih bagi mengisi jawatan timbalan ketua menteri (TKM) selepas Tan Sri Alfred Jabu Numpang memutuskan untuk mengundur diri pada PRN ke-11, 7 Mei lepas.

PRN11 menyaksikan BN memperoleh kejayaan besar apabila memenangi 72 daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan, berbanding 55 daripada 71 kerusi PRN pada 2011.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diterajui Adenan meneruskan kecemerlangan dengan memenangi semua 40 kerusi yang ditandinginya, dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang diterajui Tan Sri James Jemut Masing turut cemerlang apabila berjaya memenangi semua 11 kerusi yang ditandinginya.

Selain itu Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) juga mempamerkan prestasi yang baik apabila memenangi tujuh daripada 13 kerusi yang ditandinginya, berbanding enam kerusi dimilikinya sebelum ini.

Kejayaan itu mencetuskan spekulasi di media sosial mengenai kemungkinan jawatan TKM akan diwujudkan lebih daripada satu.

Selain itu, tumpuan juga pasti terarah kepada Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian.
Ini susulan Adenan pada sidang media awal bulan ini berkata satu-satunya cara untuk masyarakat Cina diwakili dalam kerajaan adalah dengan mengundi SUPP dan selepas itu baru beliau boleh mempertimbangkan menambah lebih ramai wakil Cina dalam Kabinetnya.

Presiden SUPP yang terakhir memegang jawatan TKM ialah Tan Sri Dr George Chan, namun beliau tewas dalam PRN pada 2011, menyebabkan beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai presiden dan timbalan ketua menteri.

– BERNAMA



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Oqz3N2

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.