Bekas isteri Awie Wings mengaku jumpa bomoh
KUALA LUMPUR: Bekas isteri Awie, penyanyi rock kumpulan Wings, Rozana Misbun mengaku dia pernah menggunakan khidmat bomoh wanita bernama Maksu ketika mereka masih tinggal bersama.
Rozana, 38, membuat pengakuan itu ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini semalam.
Bagaimanapun, dalam keterangannya beliau menafikan dia dan Awie berjumpa Maksu kerana bekas suaminya itu menghidu perbuatannya melakukan perkara khurafat di rumah kelamin mereka selepas Awie menjumpai pelbagai barangan seperti tangkal serta botol kaca berisi rambut, darah dan paku.
“Saya bersama defendan (Awie) dan pembantunya ada berjumpa Maksu pada 2 Jun 2014. Saya dan Maksu saling mengenali sebelum perjumpaan itu lagi.
“Kadang-kadang saya berjumpanya untuk mandi bunga sebagai tujuan perubatan,” katanya seperti dilaporkan Kosmo.
Rozana berkata demikian ketika disoal balas peguam Syafiq Norizan yang mewakili Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Ibrahim Deris itu dijalankan berhubung kes penjagaan anak kekal tiga anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1ZKXt9M
Post a Comment