Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jalan simen menuju SK Sebintek runtuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jalan simen menuju SK Sebintek runtuh



RUNTUH: Keadaan jalan dan lori tangki tersebut.

RUNTUH: Keadaan jalan dan lori tangki tersebut.

SIBU: Jalan menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sebintek runtuh selepas lori tangki terjatuh lalu terbalik ketika menghantar catuan air kepada penduduk Sebintek mengakibatkan lebih 60 murid terjejas dan terpaksa berjalan kaki 15 minit ke sekolah sejak pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam sekitar jam 3 petang Rabu lalu, lori tangki tersebut tiba-tiba hilang kawalan sebelum terjatuh ke tepi semak selepas jalan yang diperbuat daripada simen itu runtuh.

Menurut sumber, kerosakan jalan tersebut telah menyebabkan jalan simen tersebut terputus dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan biasa.

Katanya, semua murid dan kakitangan sekolah terbabit yang menggunakan kereta terpaksa berjalan kaki dan lori tersebut masih berada di tempat kejadian pada pagi semalam.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pemandu lori tangki mengalami sebarang kecederaan atau sebaliknya.

“Kami terpaksa menggunakan laluan alternatif untuk pergi ke sekolah yang memakan masa 15 minit memandangkan kereta tidak dapat melimpasi tempat kejadian yang telah terjejas,” katanya yang enggan dikenali.

Sementara itu, Residen Bahagian Sibu, Hii Chang Kee semasa dihubungi memberitahu pihaknya memanjangkan insiden berkenaan kepada pihak Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS).

Hii berkata, jalan itu terletak di bawah seliaan MDLBS dan tindakan susulan akan dilaksana dalam sedikit masa.

“Difahamkan jalan simen tersebut hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan sahaja.

“Bagaimanapun, MDLBS akan melantik kontraktor bagi membaiki semula jalan yang terjejas supaya ia dapat dilalui oleh kenderaan,” ujar beliau semasa dihubungi Utusan Borneo semalam.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1WtXSiI

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.