Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasangan ditipu, wang simpanan lesap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasangan ditipu, wang simpanan lesap



Oleh Michael Ubam//

SIBU: Harapan pasangan suami isteri memperolehi wang pampasan daripada projek pembinaan menara telekomunikasi yang kononnya dilaksanakan di tapak rumah mereka berkecai selepas terperdaya oleh sekumpulan penipu, semalam.

Dalam kejadian pada jam 10 pagi, pasangan yang tinggal di Batu 9, Jalan Pekan, Pakan tersebut didatangi empat individu termasuk dua wanita tidak dikenali.

Mereka kemudian memperkenalkan diri sebagai wakil dari sebuah syarikat telekomunikasi sambil memberitahu projek pembinaan menara telekomunikasi telah dicadang dibina di tapak rumah mereka.

Teruja dengan tawaran pampasan sebanyak RM150,000, pasangan petani berumur lewat 40-an itu terus bersetuju dengan syarat yang dimaklumkan kepada mereka.

Untuk memenuhi syarat yang dinyatakan, mereka diarah mengeluarkan simpanan wang di dalam akaun mereka bagi memudahkan proses urusan pembayaran pampasan tersebut.

Pada hari yang sama, pasangan tersebut mengikuti empat individu berkenaan ke Sibu untuk membuat pengeluaran wang simpanan mereka di sebuah bank di Jalan Kampung Nyabor pada jam 12.30 tengah hari.

Difahamkan, pasangan itu masing-masing membuat pengeluaran wang daripada simpan wang ASB mereka yang keseluruhannya berjumlah RM63,000.

Pengadu mendakwa, wang tersebut kemudian diserahkan kepada salah seorang daripada individu tersebut.

Menurut pengadu, kumpulan itu terus melarikan diri selepas mengambil kesemua wang tunai yang dikeluarkan daripada akaun simpanan dan buku ASB milik mereka.

Lebih menyedihkan, pasangan tersebut telah dibiarkan menunggu terpinga-pinga di pusat bandar selepas menyedari wang simpanan seumur hidup mereka lesap bersama impian unuk memperolehi durian runtuh yang sememangnya tidak wujud.

Selepas tersedar daripada lamunan, pasangan tersebut tampil ke Balau Polis Sentral di sini untuk membuat laporan polis.

Kes tersebut kini dalam siasatan pihak polis mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1WtXUHm

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.