Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rafizi ulang gesaan Najib cuti hingga siasatan SRC selesai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rafizi ulang gesaan Najib cuti hingga siasatan SRC selesai



PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus diasak supaya bercuti sehingga siasatan terhadap syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga SRC International Sdn Bhd selesai.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, membolehkan siasatan secara menyeluruh dapat dilakukan Suruhanjaya Diraja (RCI) perlu diumumkan untuk membantu menyelesaikan dan membersihkan nama Najib serta ia perlu dilakukan secara terbuka.

Kenyataan itu dibuat merujuk kepada laporan TodayOnline di Singapura yang memetik kenyataan peguam cara Singapura Quek Mean Luck berhubung dakwaan terbaru terhadap Yeo Jiawei (pegawai bank yang mengendalikan urusan dana 1MDB di BSI Singapura) berkaitan pemindahan wang melibatkan SRC International.

Menurut Today Online, Yeo didakwa membantu pemindahan AS$11.95 juta (RM48 juta) daripada SRC International ke Affinity Equity International Partners, sebuah syarikat dimiliki Tan Kim Loong.

“Ini kali pertama satu bukti kukuh ditampilkan mengaitkan dana daripada 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, sebuah anak syarikat 1MDB yang berhutang RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) sebelum ia (SRC) dipindah milik kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sebarang pindahan dana keluar masuk ke SRC International Sdn Bhd adalah sensitif kerana ada dana syarikat ini yang akhirnya dipindahkan masuk ke akaun peribadi Najib.

“Perkembangan terbaru di Singapura bermakna kerajaan Singapura mengendalikan pendakwaan terhadap pegawai bank yang berkemungkinan pernah menguruskan dana yang mungkin dikaitkan dengan perdana menteri.

“Ini mendedahkan Najib kepada spekulasi kerana hala tuju siasatan/pendakwaan yang diambil kerajaan Singapura mengenai kes ini mungkin ada kesan langsung dan tidak langsung kepada kedudukan beliau sebagai perdana menteri,” katanya.

Sebelum ini, SRC International sebagai bekas anak syarikat 1MDB tidak pernah dikaitkan terus kepada aliran urus niaga bernilai jutaan ringgit oleh firma pelaburan negara itu yang kini menjadi siasatan pihak antarabangsa.

Urus niaga kontroversi SRC International yang kini diletakkan di bawah Kementerian Kewangan, dilihat bebas daripada 1MDB sebelum ini.
Antaranya ialah berhubung pemindahan RM42 juta dan RM27 juta, melalui perantara ke akaun bank peribadi Najib.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Januari lalu memutuskan Najib tidak bersalah atas tuduhan melakukan salah laku dalam urus niaga berkenaan.

Tags: bahasa, Rafizi Ramli, 1MDB, Src International Sdn Bhd, Mohamed Apandi Ali, Yeo Jiawei



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1rIUWlU

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.