Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dokumen dedah 1MDB, Jho Low pindah dana cara samar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dokumen dedah 1MDB, Jho Low pindah dana cara samar


Dokumen bocor melibatkan Banca della Svizzera Italiana (BSI) mendedahkan bagaimana bank itu membantu menyalurkan tunai dengan suspek individu tertentu mengelakkan diri daripada pihak berkuasa pencukaian.
Dokumen penyelesaian daripada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dengan BSI pada tahun 2013 menunjukkan bahawa bank itu menggunakan pelbagai teknik untuk membantu pelanggannya memindahkan sejumlah besar wang, lapor Financial Times.
Ia juga menggunakan "promoter" atau "pengurus aset luar" yang akan memperkenalkan khidmat bank itu kepada pelanggan yang berpotensi yang mempunyai wang yang banyak bagi mendapatkan komisen lumayan. Bagaimanapun ‘promoter” berkenaan tidak boleh memperkenalkan diri mereka sebagai pekerja BSI.
Cawangan BSI di Singapura yang digunakan oleh firma pelaburan negara 1MDB dan ahli perniagaan kontroversi Jho Low - kini menjadi sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB.
Yeo Jiawei, bekas pegawai bank BSI Singapura, bulan lalu didakwa dengan kesalahan pengubahan wang haram di Singapura.
The Wall Street Journal melaporkan Low, 1MDB dan Aabar PJS Limited (Aabar BVI) yang didaftarkan di British Virgin Island menggunakan pengurus perhubungan yang sama di BSI Singapura.
Individu sama disenaraikan dalam dokumen pinjaman antara Aabar BVI dan Red Granite, sebuah syarikat produksi filem Hollywood yang dimiliki oleh anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz.
BSI bersetuju untuk membayar denda sebanyak AS$211 juta kepada Amerika Syarikat dan menyerahkan butir-butir pelanggan yang mengelakkan cukai di Amerika Syarikat, berikutan penutupan bank tertua di Switzerland, Wagellin atas tuduhan penipuan cukai.

Smber : www.malaysiakini.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.