Hi! Welcome Back and Stay Tune! Watch Dogs 2 Akan Lebih Inovatif Dan Mempunyai Watak Utama Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Watch Dogs 2 Akan Lebih Inovatif Dan Mempunyai Watak Utama Baru



Kesinambungan kepada Watch Dogs dijangka akan muncul pada tahun 2017. Selepas tiga tahun apakah pembaharuan yang akan diberikan oleh Ubisoft kepada permainan aksi yang membenarkan anda menjadi seperti Mr Robot tetapi lebih ganas. Komen yang diberikan tentang Watch Dogs ialah ia agak membosankan dengan jalan cerita yang kurang menarik. Aiden Pierce, watak utama permainan gagal menarik minat pemain. Sungguhpun begitu permainan yang dianggap gagal ini terjual melebihi 10 Juta salinan.

Watch Dogs 2Yves Guillemot, CEO Ubisoft menegaskan pihak mereka akan menjadikan Watch Dogs 2 lebih inovatif dan memaparkan cara permainan baru berbanding versi sebelum ini. Watak utama juga berkemungkinan besar ditukar kerana sebuah gambar dari pelakon motion capture permainan ini tertiris ke internet beberapa hari yang lalu. Kami berharap inovasi baru yang dijanjikan ini akan membuatkan Watch Dogs lebih menarik. Pada hemat kami mekanik permainan ini terlalu banyak persamaan dengan Assassin’s Creed. Apakah pula  pembaharuan yang anda inginkan?



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1UXpvQ8

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.