Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tujuh warga Indonesia ditahan dalam Ops Ikrar Imigresen Miri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tujuh warga Indonesia ditahan dalam Ops Ikrar Imigresen Miri



DIPERIKSA: Premis makanan di Lot 1340 MCLD, Miri diperiksa dalam serbuan, baru-baru ini.

DIPERIKSA: Premis makanan di Lot 1340 MCLD, Miri diperiksa dalam serbuan, baru-baru ini.

MIRI: Unit Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Miri melancarkan serbuan Ops Ikrar (Selera) ke atas sebuah premis makanan di Lot 1340 MCLD di sini, Rabu lepas.

Menurut kenyataan akhbar semalam, operasi disertai 11 anggota itu menyaksikan seramai 16 individu diperiksa terdiri daripada tujuh penduduk tempatan dan sembilan warganegara Indonesia.

Hasil pemeriksaan mendapati seramai tujuh warga Indonesia iaitu empat lelaki dan tiga wanita disyaki melakukan kesalahan di bawah Per.11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang dikeluarkan kepada mereka.

Dalam serbuan sama, seorang warga tempatan dipercayai majikan yang memegang lesen pemilikan premis tersebut ditangkap atas jaminan polis.

Sementara, dua lagi warga Indonesia yang turut diperiksa dibebaskan kerana memiliki pas masih sah.

Semua Orang Kena Tahan (OKT) ditahan sementara di Depot Imigresen Bekenu untuk siasatan dan tindakan lanjut.

 

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1T9SlbB

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.