Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keputusan: DAP mengaku kalah di Piasau - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keputusan: DAP mengaku kalah di Piasau

Alan-Ling-sarawak-dapMIRI: Calon DAP, Alan Ling mengaku kalah di kerusi Piasai, kepada pencabarnya, Sebastian Ting daripada SUPP walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya belum mengumumkan keputusan rasmi.

“Pertamanya peluang di sini 50-50. Saya terima keputusan rakyat. Kami akan mengkaji punca kekalahan dan akan terus bekerja keras,” kata Alan.

DAP gagal mempertahankan Piasau dan gagal merampas Senadin, walaupun penyandang Dr Lee Kim Shin memenangi kerusi itu dengan majoriti 58 undi sahaja.

Bagaimanapun, muka baru Ting Tiong Choon berjaya menewaskan hartawan, Hii Kinh Chiong di Pujut.

“Sekurang-kurangnya DAP masih mengekalkan Pujut,” kata Alan.

Mengulas prestasi DAP secara keseluruhannya, Alan mengakui populariti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan gejala politik wang menjejaskan prestasi mereka kali ini.

“Saya sangat kecewa tetapi saya terima keputusan pengundi,” katanya.

 



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1WgoWTl

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.