Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ramai Pemandu Teksi Menyerahkan Semula Teksi Kepada Syarikat Pengendali – Beralih Ke Uber Dan Grabcar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ramai Pemandu Teksi Menyerahkan Semula Teksi Kepada Syarikat Pengendali – Beralih Ke Uber Dan Grabcar

Penawaran perkhidmatan GrabCar dan Uber sering dipertikaikan oleh pemandu teksi, dan dikatakan menjejaskan pendapatan mereka disebabkan oleh penawaran tambang perjalanan yang lebih rendah. Sering kali mogok dan bantahan diadakan.

Pihak SPAD sendiri telah mengatakan mereka akan memperkenalkan undang-undang khusus untuk mengiktiraf perkhidmatan sebegitu.

Kini, menurut salah satu syarikat teksi, sekitar 80% pemandu teksi sedia ada dilaporkan telah mula menyerahkan semula teksi kepada syarikat pengendali kerana ingin beralih kepada perkhidmatan Uber dan Grab sejak tiga bulan lepas.

Perkara ini sekaligus memberikan impak kepada beberapa syarikat teksi di Semenanjung Malaysia.

GrabCar

Kebiasaan, pemandu teksi perlu membayar sewa teksi antara RM75 ke RM200 sehari, sebaliknya menggunakan perkhidmatan seperti Uber dan Grab, ia menggunakan kenderaan peribadi dan hanya perlu risau akan bayaran pembelian bulanan sahaja.

Sebelum ini, ramai pengguna tempatan beralih dari menggunakan teksi kepada Uber dan Grab disebabkan oleh penawaran perkhidmatan yang lebih baik dan selesa berbanding teksi.

Buat masa ini, ia dikatakan terdapat sekitar 10,000 pemandu teksi di Malaysia, dan dengan lebih ramai pemandu teksi menyertainya, kita mungkin akan dapat melihat ia terus meningkat dengan drastik – sekaligus meliputi lebih banyak kawasan seluruh negara.



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/24zBwRU

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.