Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keputusan: PAS umum kalah semua kerusi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keputusan: PAS umum kalah semua kerusi

mukhtarsuhaili2 (1)

PETALING JAYA: PAS mengangkat tangan lebih awal sebelum keputusan rasmi diumum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk kerusi-kerusi yang ditandingi parti Islam itu.

“Semua kerusi kalah,” kata Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili kepada pemberita melalui WhatsApp.

11 kerusi yang ditandingi ialah Samalaju (PAS, DAP dan BN), Lambir (PAS, PKR dan BN), Pujut (PAS, DAP, BN dan BEBAS), Samariang (PAS, BN dan AMANAH), Muara Tuang (PAS, BN dan AMANAH), Sadong Jaya (PAS, BN, AMANAH dan BEBAS), Sebuyau (PAS, BN dan AMANAH), Beting Maro (PAS, BN dan AMANAH), Kakus (PAS, PKR dan BN), Jepak (PAS, PKR, BN dan BEBAS), Pantai Damai (PAS dan BN).

Dihubungi FMT, Muhtar berkata pengumuman itu adalah berdasarkan kepada keputusan tidak rasmi yang diterima PAS.

Meskipun tewas, PAS bersukacita dengan prestasi di Beting Maro; PAS memperoleh 3052 undi, mengikut rapat 4750 undi yang diperoleh BN. Pencabar ketiga, AMANAH memperoleh 100 undi.

“Beting Maro walaupun PAS kalah, namun jumlah undi yang diterima PAS meningkat daripada 2,678 undi (2011) kepada 3,052 undi,” jelas beliau.

Muhtar berkata PAS sukacita dapat memberi saingan sengit kepada pemerintah, bahkan jumlah undi yang diterima adalah lebih baik berbanding AMANAH.

Mengulas peratusan keluar undi yang rendah pada pilihan raya kali ini, Muhtar secara peribadi berkata rakyat Sarawak secara umumnya telah menerima dan selesa dengan pemerintahan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

“Rakyat melihat kalau tidak keluar mengundi pun tidak ada apa-apa yang berubah,” katanya.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/272vN5W

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.