Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keputusan: Prestasi DAP di utara Sarawak mengecewakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keputusan: Prestasi DAP di utara Sarawak mengecewakan

Dr-Ting-Tiong-Choon

MIRI: Selepas pengundian dibuat, keputusan menunjukkan DAP gagal mempertahankan Piasau dan gagal merampas Senadin seperti yang mereka harapkan.

DAP bagaimanapun berjaya mempertahankan Pujut dalam pertandingan empat penjuru, dengan majoriti selesa, 1,759 undi.

“DAP akan kembali,” begitu kata pemenang kerusi Pujut, Ting Tiong Choon mengulas prestasi partinya yang mengecewakan di utara Sarawak.

“Pastinya kami akan mengkaji keputusan pilihan raya kali ini. Barangkali kita tidak melakukan yang sehabis baik dalam beberapa aspek lalu menyebabkan penyokong tegar kami berpaling muka,” katanya.

Mengulas kemenanganya di Pujut, Tiong berterima kasih kepada pengundi kerana memberi kepercayaan kepadanya.

“Sebagai ADUN, saya akan pastikan Adenan menunaikan janji-janjinya.

“Sekurang-kurangnya warga Pujut tahu wang dan politik bukan gandingan yang baik,” katanya, merujuk kepada pencabarnya, Datuk Hii King Chiong yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Sementara itu, calon DAP Senadin, Dr Bob Baru meminta maaf kepada para penyokong parti diatas sebarang kekurangan sepanjang berkempen.

DAP gagal merampas Senadin walaupun penyandang Dr Lee Kim Shin memenangi kerusi itu dengan majority 58 undi sahaja.

Kim Shin mengukuhkan kedudukannya dengan majoriti selesa 3,538.
“Usah bersedih, kita masih berpegang kepada prinsip dan matlamat kita untuk negara yang lebih baik,” kata Bob.

Sementara itu, calon DAP Piasau, Alan Ling mengaku kalah sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan keputusan rasmi.

Apabila keputusan rasmi diumumkan, calon BN Sebastian Ting Chiew Yew menang dengan majoriti 2,112 undi.

Mengulas prestasi DAP secara keseluruhannya, Alan mengakui populariti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan gejala politik wang menjejaskan prestasi mereka kali ini.

“Pertamanya peluang di sini 50-50. Saya terima keputusan rakyat.

“Saya sangat kecewa tetapi saya terima keputusan pengundi,” kata Alan.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1s2OTcl

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.