Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keputusan: PKR kini saingan BN di luar bandar, pedalaman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keputusan: PKR kini saingan BN di luar bandar, pedalaman

Tian-Chua,sarawak

PETALING JAYA: Meskipun berdepan peratusan keluar mengundi yang rendah, jumlah undi tidak rasmi yang diterima PKR dari kawasan luar bandar dan pedalaman menunjukkan peningkatan.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata perkembangan itu menunjukkan tanda-tanda partinya bakal menjadi pesaing yang kuat kepada BN di kawasan-kawasan terbabit dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Kalau lihat statistik, PKR melakukan dengan baik dan di kawasan luar bandar kita mampu memberikan saingan terutama di tempat yang sebelum ini kita sudah hilang deposit.

“Di tempat yang PKR banyak melaburkan usaha, terutama di kawasan pedalaman bagi kaum Iban dan Melanau telah menunjukkan peningkatan sokongan kepada kita.

“BN tidak boleh lagi memandang rendah kepada kita seperti PRN yang lalu iaitu di kawasan luar bandar dan pendalaman,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.

PKR bertanding di 40 kerusi dalam pilihan raya kali ini.

Mengulas peratusan keluar undi yang rendah pada pilihan raya kali ini, Tian Chua menyifatkan perkembangan itu berpunca daripada protes senyap rakyat Sarawak terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Rakyat Sarawak hanya mahu ‘cukup-cukup menang’. Mereka tidak mahu kemenangan BN Sarawak menaikkan imej Najib,” katanya lagi.

 



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1SWbD3S

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.