Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mayat kelima nahas helikopter dijumpai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mayat kelima nahas helikopter dijumpai

body-sarawak

KUCHING: Sejumlah lima mayat nahas helikopter di Sarawak telah dijumpai setakat ini dan usaha giat dilakukan untuk mencari seorang lagi mangsa.

Selain mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang ditemui semalam, mayat kedua dijumpai pada jam 8.34 pagi ini di tebing Sungai Batang Lupar, kira-kira 15km dari tempat mayat Noriah ditemui.

Mayat ketiga dijumpai kira-kira tengah hari ini, lebih kurang satu kilometer dari tempat mayat Noriah ditemui, manakala mayat keempat dijumpai pada jam 3.20 petang, juga berhampiran tempat mayat Noriah ditemui.

Mayat kelima dijumpai kira-kira jam 6 petang tadi, lebih kurang 2.5km dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di Lingga, 250km dari Kuching.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan mayat kedua ialah Datuk Dr Sundaran Annamalai, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman mengenal pasti mayat ketiga sebagai Konstabel Ahmad Sobri Harun, pengawal peribadi Noriah.

Ketiga-tiga mayat itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak, manakala mayat terbaru dalam proses penghantaran ke hospital itu.

Mayat keempat dan kelima belum dikenal pasti.

Jenazah Allahyarhamah Noriah diterbangkan ke Kuala Lumpur malam tadi dan dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam Batu 12, Sungai Burong, Selangor awal pagi tadi.

Noriah bersama suaminya, Asmuni Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Dr Sundaran dan Ahmad Sobri menaiki pesawat berkenaan yang dipandu Kapten Rudolf Rex Ragas.

Helikopter itu berlepas dari Betong untuk ke Kuching pada jam 4.12 petang Khamis lalu dan tidak dapat dikesan tidak lama kemudian.

Noriah dan Dr Sundaran ke Betong untuk menjalankan tugas berkaitan kementerian mereka pada Pilihan Rya Negeri Sarawak sekarang.

Hampir 200 anggota penyelamat dikerahkan mencari mangsa terakhir di kawasan seluas 875km persegi di Sungai Batang Lupar, berhampiran Lingga.

Gerakan mencari itu juga memberi tumpuan untuk mengesan badan pesawat berkenaan, setelah beberapa serpihannya termasuk kerusi, peranti rotor dan bahagian pintu pesawat ditemui.

Biro Penyiasatan Nahas Udara akan mengeluarkan laporan awal tentang tragedi helikopter itu dalam tempoh sebulan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

– BERNAMA



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1ZquV5k

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.