Sebuah Lagi Gambar Samsung Gear Fit 2 Tertiris
Peranti mengesan kecergasan Samsung Gear Fit kali pertama muncul pada tahun 2014. Ia mempunyai skrin lengkung, kalis air dan mampu menjejak tahap kesihatan tubuh pemakainya. Selepas hampir dua tahun model terkini Gear Fit akhirnya dihasilkan Samsung. Kami melaporkan kewujudannya minggu lalu bersama dengan Gear IconX. Sebuah lagi gambar Gear Fit 2 tertiris dan kali ini ia menunjukkan pilihan warna yang akan diberikan oleh Samsung.
Terdapat pilihan warna hitam, biru dan ungu. Antaramukanya juga kelihatan lebih jelas dengan kemampuan memaparkan waktu, jumlah langkah yang diambil dan kalori yang sudah berjaya dibakar. Gear Fit 2 dan IconX dijangka akan dilancarkan secara rasmi seawal bulan hadapan. Kepada pemilik Gear Fit asal yang mahukan model lebih terkini, penantian anda akan berakhir kelak.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/23vUcfE
Post a Comment