Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Tidak Lagi Akan Memaparkan Notifikasi Kemaskini Windows 10 Selepas 29 Julai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Tidak Lagi Akan Memaparkan Notifikasi Kemaskini Windows 10 Selepas 29 Julai

Microsoft pada awal pagi tadi telah pun mengumumkan mereka akan berhenti menawarkan Windows 10 secara percuma untuk pengguna Windows 7 dan Windows 8 selepas 29 Julai kelak. Bersama-sama dengannya, mereka juga akan mula menghentikan paparan notifikasi untuk pengguna mengemaskini ke Windows 10.

Windows-10-pop-up

Untuk pengguna Windows 7 dan Windows 8.1 sedia ada, salah satu perkara yang mungkin kurang digemari adalah paparan notifikasi yang sering hadir untuk menaik-taraf ke Windows 10. Ada beberapa pengguna yang masih kekal menggunakan Windows 7, dan begitu tidak mengemari paparan notifikasi ini.

Pada hari ini, terdapat beberapa perisian pihak ketiga yang menghalang paparan berkenaan. Namun, selepas 29 Julai kelak, mungkin anda sudah tidak memerlukannya lagi memandangkan pihak Microsoft sendiri akan menghentikan paparan berkenaan.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, Microsoft mengalakkan pengguna mengemaskini ke Windows 10 untuk kekal menggunakan teknologi baru yang berkembang pesat dari hari ke hari.



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1O2veCE

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.