Hi! Welcome Back and Stay Tune! West Ham United Menjadi Kelab EPL Pertama Yang Menandatangani Pemain E-Sukan Rasmi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

West Ham United Menjadi Kelab EPL Pertama Yang Menandatangani Pemain E-Sukan Rasmi

West Ham United, salah satu kelab bola sepak popular di EPL hari ini telah pun menandatangani pemain rasmi pertama untuk e-sukan, iaitu Sean Allen atau turut dikenali dengan nama Dragonn.

West Ham United

Sean Allen sebelum ini merupakan naib johan untuk pertandingan 2016 FIFA Interactive World Cup. Dengan bermain dibawah West Ham United, selepas ini Sean Allen akan memakai jersi kelab berkenaan ketika menyertai sebarang perlawanan atau pertandingan FIFA.

Seperti ramai sedia maklum, arena e-sukan telah menjadi salah satu arena yang difokuskan oleh ramai pihak, dan dijangka akan menjadi salah satu industri utama dalam beberapa tahun akan datang. Dengan kelab EPL yang telah mula menandatangani pemain rasmi e-sukan mereka, mungkin kita akan melihat lebih ramai yang mengikut jejak langkah sama – sekaligus menjadikan arena ini lebih kompetitif berbanding sebelumnya.



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1T3iIBZ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.