Ditahan polis kes seks, peninju mungkin terlepas acara Olimpik
RIO DE JANEIRO, 6 Ogos — Ahli tinju Maghribi yang bakal bersaing di Olimpik ditahan polis atas dakwaan melakukan serangan seks terhadap dua pekerja di kompleks penginapan atlet di sini.
Hassan Saada, 22, yang ditahan pagi Jumaat dijangka akan dibebaskan dalam tempoh 15 hari, membawa kemungkinan beliau tidak dapat bersaing dalam kategoti bawah 81 kg, lapor New York Times.
Tangkapan itu dibuat atas perintah hakim Larissa Nunes Saly pada Khamis berkaitan serangan seks terhadap dua wanita sehari sebelumnya.
Menurut akhbar itu lagi, dua warga Brazil itu yang bertugas di bahagian penginapan atlet Maghribi mendakwa Hassan cuba mencium mereka dengan paksa selepas meminta gambarnya diambil.
Hassan dijadual bertemu Mehmet Nadir Unal dari Turki pada Sabtu.
from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2aBgcDi
Today updated news promoted by Mukah Pages
Post a Comment