Hi! Welcome Back and Stay Tune! Makin ramai hentam FFM, menteri janji campur tangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Makin ramai hentam FFM, menteri janji campur tangan

Salleh-Keruak_ffn_600

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini berkata beliau akan melihat kontroversi yang melanda pencalonan bagi kategori Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Malay Mail Online melaporkan Salleh mengesahkan beliau ada dihubungi oleh wakil rakyat pembangkang Anthony Loke yang meminta campur tangannya dan mengadakan pencalonan semula bagi anugerah Filem Terbaik, susulan kemarahan orang ramai apabila penganjur mengasingkan kategori itu mengikut bahasa Melayu, dan bukan Melayu.

“YB Anthony ada menghubungi saya mengenai perkara ini dan saya akan melihatnya bila saya kembali ke Kuala Lumpur Isnin depan,” katanya dipetik daripada Malay Mail Online.

Terdahulu Anthony menerusi kenyataan medianya mendesak Salleh menegur Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang ditubuhkan pada 1981 itu atas dasar pengasingan bahasa yang menyebabkan kemarahan rakyat.

Rakyat mula mengecam Finas apabila dalam FFM28 kali ini, pencalonan bagi filem Ola Bola arahan Chiu Keng Guan dan Jagat karya Shanjhey Kumar Perumal diletakkan di bawah kategori Filem Terbaik (bukan Bahasa Malaysia), bukan dalam kategori utama Filem Terbaik.

Pelakon, pelawak dan penerbit popular Afdlin Shauki dikatakan sebagai ahli industri yang pertama memboikot FFM itu sebelum mula diikuti beberapa artis lain. Sementara itu, pemenang anugerah sinematografi terbaik yang turut dicalonkan tahun ini Mohd Noor Kassim turut mengumumkan memboikot festival yang akan diadakan pada 1 hingga 3 September itu.

Malah, beberapa nama besar turut menyokong tindakan mereka termasuk Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak dan CEO AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Ketua Pengarah Finas Datuk Kamil Othman semalam berkata agensi itu mempunyai dasar di mana filem tempatan perlu menekankan sekurang-kurangnya 70% penggunaan bahasa Malaysia dalam skrip, tetapi beliau turut mengakui adalah lebih ideal jika kategori Filem Terbaik FFM terbuka kepada semua filem tanpa mengira bahasa.





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today http://ift.tt/2aPO2Fj

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.