Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib akui hubungan rapatnya dengan Jokowi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib akui hubungan rapatnya dengan Jokowi

Jokowi-najib

JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata hubungannya dengan Presiden Joko Widodo atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi sangat rapat dan selesa untuk bekerjasama bagi memperkukuhkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia.

“Saya sangat senang dengan Jokowi. Saya lihat keterbukaannya, saya lihat keikhlasannya. Dalam banyak isu kami mempunyai perspektif yang sama,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Metro TV, di sini malam tadi.

Katanya, beliau mengenali Jokowi sebagai “people’s man” atau mengutamakan rakyat sebelum menjadi presiden lagi dan setelah menjadi presiden sedar betapa pentingnya bagi kedua-dua negara bekerjasama seerat mungkin.

Beliau berkata walaupun terdapat beberapa isu antara dua negara yang harus diselesaikan seperti masalah perbatasan maritim dan penangkapan nelayan Malaysia oleh pihak berkuasa Indonesia namun ia diselesaikan secara baik dan tidak menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

“Walaupun ada beberapa masalah misalnya, kita harus mencari penyelesaian yang tuntas dalam soal perairan maritim, soal nelayan kita yang ditangkap oleh Indonesia. Ini isu praktikal yang tidak membawa hambatan (rintangan terhadap) hubungan Indonesia dan Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan rakyat terhadap kepimpinannya sebagai perdana menteri, Najib berkata setakat ini beliau bersyukur kerana apabila turun padang ramai yang memberi sambutan kepadanya.

“Saya berjumpa dengan rakyat dan saya melihat sambutan agak hangat bila saya turun dan Alhamdulillah sehari dua ini daripada segi hubungan dengan rakyat saya rasa senang hati. (Walaupun ada pelbagai tuduhan) itu biasa dalam politik, itu adat resam politik tetapi hakikatnya kita mesti mendapat sokongan dan keyakinan rakyat jelata,” katanya.

Perdana menteri berkata walaupun beliau terpaksa mengambil tindakan yang tidak popular seperti langkah rasionalisasi subsidi minyak, tetapi beliau yakin akhirnya rakyat akan memahami tindakan itu keputusan yang tepat untuk kepentingan negara.

Ditanya mengenai kejayaan Malaysia membanteras aktiviti pengganas, Najib berkata ia kerana Malaysia percaya kepada tindakan ‘pre-emptive’ atau pencegahan awal dengan memberi kuasa kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman.

“Kita perlu melakukan (membanteras keganasan) melalui pelbagai cara. Pertamanya kita mesti menyedari ia sebagai suatu ancaman yang nyata dan berikan kuasa pre-emptive kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan, jangan beri kuasa pre-emptive kepada eksekutif,” katanya.

Katanya, dengan cara itu pihak berkuasa dapat menahan sesiapa saja yang disyaki cuba melakukan aktiviti pengganas dan membawa bukti itu ke mahkamah tanpa menunggu sesuatu untuk berlaku.

Beliau berkata, jika kerajaan menunggu sesuatu untuk berlaku dan baru hendak mengambil tindakan, ia pastinya sudah terlambat serta telah memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara.

 





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today http://ift.tt/2aYqReq

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.