Mengapa Wanita Ni Mandi Buat Pertama Kalinya Selepas 30 Tahun?
Trauma buat kita takut lakukan sesuatu yang pernah kita lakukan suatu masa dahulu. Ada orang trauma untuk memandu sebab pernah kemalangan. Ada orang takut tempat tinggi dan sebagainya.
Tapi buat seorang wanita yang berasal dari Liverpool, Donna McMahon, 35 ini lah kali pertama dia mandi sejak umurnya 5 tahun. Segalanya berlaku semasa Donna dan keluarga sedang bercuti dan tiba-tiba ada seorang budak menolaknya jatuh ke dalam kolam renang dan Donna menyangka yang dirinya akan mati lemas.
Mujur ayahnya ada untuk selamatkannya. Sejak itu, Donna biarkan ketakutan menguasai dirinya hingga dia tak berani untuk mandi atau lebih senang dikatakan Donna takutkan air. Bagaimanapun, selepas berjumpa dengan Robert Hisee, atau lebih dikenali sebagai The Hypnotist Man, Donna berjaya mengatasi rasa takutnya.
"Saya rasa seperti keajaiban berlaku. Saya tak percaya selepas 30 tahun saya akhirnya berjaya untuk rasa gembira untuk mandi, berenang dan pergi ke pantai dengan anak-anak,"kata Donna yang juga seorang suri rumah.
Sumber: Mirror.co
Post a Comment