Senarai 10 Tamadun Dunia Purba Yang Kurang Dikenali Ramai
10. Aksum
Kerajaan Aksum telah menjadi sebutan legenda yang tak terkira banyaknya. Sebagai tempat tinggal mitos Prester John, kerajaan misteri Ratu Sheba, atau tempat persemadian terakhir Ark of the Covenant, Aksum telah lama menjadi pusat imaginasi dunia Barat.
Realiti kerajaan Habsyah (Ethiophia) ini bukannya mitos semata-mata, ia merupakan sebuah kuasa perdagangan antarabangsa. Mendapat akses kepada kedua-dua laluan dagang penting sungai Nil dan Laut Merah (Red Sea), perdagangan Aksum berkembang pesat, dan pada permulaan zaman kegemilangannya, kebanyakan orang Habsyah termasuk di bawah pemerintahan kerajaan Aksum. Kekayaan dan kemakmuran Aksum membenarkan ia berkembang ke tanah Arab.
Pada kurun ke-3 A.D., seorang ahli falsafah Parsi menulis bahawa Aksum merupakan salah sebuah daripada empat kerajaan terbesar dunia, setanding dengan Rom, China dan Parsi. Aksum mula menganut agama Kristian tidak lama selepas empayar Roman menganuti agama sama dan sambung berkembang pesat hingga ke awal Zaman Pertengahan (Middle Ages). Jika tidak kerana kelahiran dan perkembangan agama Islam, Aksum berkemungkinan masih memerintah Afrika Timur. Selepas pesisiran pantai Laut Merah barat di kuasai orang Arab, Aksum hilang akan kelebihan perdagangan utama ke atas jirannya.
Beberapa dekad sebelumnya, seorang raja tamadun purba Aksum dipercayai memberi perlindungan kepada pengikut awal Nabi Muhammad seterusnya boleh dikatakan membantu penyebaran agama Islam di keliling Laut Merah dan kemudiannya tanah Arab.
9. Kush
Dikenali dalam sumber Mesir purba dengan kekayaan emas dan sumber alam berharga lain, Kush telah dijajah dan di eksploitasikan oleh jiran utaranya untuk hampir setengah milenium lamanya (kira-kira 1500–1000 Sebelum Masihi (S.M.)). Akan tetapi kisah asal Kush jauh melangkaui masa lampau — artifak seramik bertarikh sejak tahun 8000 S.M. telah ditemui di kawasan sekitar ibu negaranya, Kerma, dan seawal 2400 tahun S.M.
Kush mempunyai hierarki komuniti yang kompleks yanng disokong oleh agrikultur berskala besar. Pada kurun ke-9 S.M., ketidakstabilan di Mesir membenarkan orang-orang Kush untuk mendapat semula kemerdekaan mereka. Dan, sebagai salah satu pertukaran nasib terhebat sejarah, Kush pula menguasai Mesir pada tahun 750 S.M. Untuk beberapa abad selepas itu, keturunan firaun dari orang-orang Kush ini telah memerintah wilayah yang jauh lebih besar daripada pemerintah Mesir sebelumnya. Pemerintah Kush lah yang menghidupkan semula bangunan piramid dan menggalakkan pembinaannya di seluruh Sudan.
Mereka akhirnya di halau keluar Mesir oleh serangan orang Assyria, mengakhiri pertukaran budaya antara Mesir dan Kush selama beratus tahun lamanya. Orang-orang Kush lari ke selatan dan membina semula kerajaan mereka di Meroë, yang terletak di tenggara tebing sungai Nil.
Di Meroë, orang-orang Kush ini berpisah terus dari pengaruh Mesir dan mencipta bentuk tulisan mereka sendiri, sekarang dipanggil Meroitik. Skrip tersebut masih menjadi misteri dan tidak dapat ditafsirkan sehingga kini, mengaburkan kebanyakan sejarah Kush. Walaupun Raja terakhir Kush mangkat pada tahun 300 A.D., kemerosotan dan sebab sebenar kejatuhannya masih menjadi misteri.
8. Yamhad (Yam)
Kerajaan Yamhad pastinya wujud sebagai rakan perdagangan dan kemungkinan saingan kepada Kerajaan Mesir Purba, tapi seakan mitos Atlantis lokasinya masih menjadi tanda tanya. Berdasarkan pada inskripsi pengebumian penjelajah Mesir, Harakhuf, ia seolah-olah Yamhad merupakan tempat “kemenyan, kayu hitem (ebony), kulit harimau bintang, gading gajah, dan boomerang.”
Walaupun Harkhuf mengaku perjalanan darat beliau memakan masa lebih tujuh bulan, ahli sejarah Egypt telah lama meletakkan tempat boomerang tersebut sebagai beberapa ratus batu dari sungai Nil. Anggapan tradisi mengatakan bahawa tidak mungkin ada orang Mesir purba boleh menyeberangi gurun Sahara yang luas dan bahaya itu. Ada juga persoalan apakah yang mereka boleh jumpai di sebelah sana.
Rupa-rupanya kita memandang rendah akan pedagang Mesir Purba, sebab tulisan hieroglif yang ditemui baru-baru ini lebih 700 kilometer barat daya dari sungai Nil mengesahkan kewujudan perdagangan antara Yamhad dan Mesir dan menunjukkan lokasinya terletak di utara tanah tinggi negara Chad.
Bagaimana caranya orang Mesir menyeberangi ratusan batu padang pasir sebelum pengenalan roda dan hanya keldai sebagai binatang masih menghairankan. Tetapi, sekurang-kurangnya, destinasi mereka tidak lagi diselubungi misteri.
7. Empayar Xiongnu
Empayar Xiongnu merupakan konfederasi orang-orang nomad yang menduduki utara China dari kurun ketiga S.M. hingga ke kurun pertama S.M. Bayangkan bala tentera Mongol milik Genghis Khan, tapi seribu tahun lagi awal . . . dan mereka juga menggunakan rata (chariot).
Sebilangan teori wujud untuk menjelaskan asal usul Xiongnu, dan pada satu masa beberapa cendekiawan berhujah bahawa Xiongnu mungkin merupakan nenek moyang orang Hun. Sayang sekali, terdapat sedikit sahaja rekod peninggalan orang Xiongnu ini. Apa yang kita tahu adalah serangan orang XiongNu ke atas China amatlah dahsyat hinggakan maharaja Qin memerintahkan pembinaan terawal tembok besar China.
Hampir separuh abad kemudian, serangan bertubi-tubi daripada Xiongnu dan tuntutan ufti memaksa China, kali ini di bawah dinasti Han, untuk menguku dan menambahkan lagi tembok besar China. Pada tahun 166 S.M., lebih daripada 100,000 tentera berkuda Xiongnu berjaya masuk dalam lingkungan 160 kilometer ke dalam ibu negara China sebelum akhirnya dikalahkan.
Ia memerlukan kombinasi perbalahan dalaman, pertikaian pengganti, dan konflik dengan kumpulan nomad lain untuk melemahkan Xiongnu agar Empayar China dapat mengalahkan kembali jiran utara mereka itu. Xiongnu masih dikenali sebagai kerajaan nomad paling awal dan paling lama bertahan dari padang rumput Asia.
6. Yunani-Baktria
Selalunya, apabila mengungkit kisah hidup dan penaklukan Alexander the Great, kita gagal untuk mengingati tentera yang mengikuti beliau ke medan perang. Kisah Alexander telah didokumenkan dengan baik sekali, tapi apa pula nasib pengikut-pengikutnya yang sanggup menumpahkan darah untuk penaklukan jeneral muda ini?
Apabila Alexander mati mengejut, tentera beliau tidak terus pulang. Sebaliknya, jeneral-jeneral mereka lawan antara satu sama lain merebut takhta sebelum membahagikan empayar sesama mereka yang masih tinggal berdiri. Seleucus I Nicator berjaya mendapat segala-galanya dari barat Mediterranean hingga ke Pakistan moden di timur. Walau bagaimanapun empayar Seleucid masih lebih dikenali berbanding dengan serpihan negeri-negeri lain dari Yunani-Baktria.
Pada kurun ke-3 S.M., wilayah Baktria (kini dikenali sebagai Afghanistan dan Tajikistan) menjadi sungguh kuat sehingga mengisytiharkan kemerdekaan. Sumber menggambarkan tanah yang kaya “dengan beribu bandar” dan kebanyakan syiling yang dijumpai membuktikan kewujudan raja Yunani (Greek) melangkaui berabad lamanya. Lokasi Yunani-Baktria menyebabkan ia menjadi pusat campuran pelbagai budaya. Parsi, India, Skith (Scythians) dan beberapa kumpulan nomad semuanya menyumbang kepada pembangunan kerajaan unik ini. Tentunya, lokasi dan kekayaan Yunani-Baktria juga menarik perhatian luar dan, pada awal kurun ke-2 S.M., tekanan daripada orang nomad di utara telah memaksa orang Yunani bergerak selatan ke India.
Di kawasan dipanggil Alexandria on the Oxus, atau kini dikenali sebagai Ai Khanoum, bukti mempesonakan untuk kombinasi radikal budaya Yunani (Greek) dan Timur telah ditemui, sebelum peperangan Soviet-Afghan memusnahkan kawasan itu pada tahun 1978. Semasa penggalian, syiling dari India, mezbah (altar) dari Iran, dan patung-patung Buddha telah dijumpai di dalam runtuhan tinggalan bandar Yunani ini, yang lengkap dengan tiang Corinthian, sebuah gimnasium, amphiteater, dan kuil menggabungkan elemen Yunani dan Majusi (Zoroastrian).
5. Yuezhi
Orang Yuezhi terkenal untuk berlawan dengan hampir semua orang. Cuba bayangkan orang Yuezhi sebagai Forrest Gump sejarah purba, sebab untuk beberapa abad mereka muncul di kalangan peristiwa besar di seluruh Eurasia.
Yuezhi berasal sebagai konfederasi daripada beberapa buah suku nomad di kawasan padang rumput utara China. Pedagang Yuezhi mengembara jauh untuk berniaga jed, sutera dan kuda. Perdagangan pesat telah membawa mereka ke arah konflik dengan Xiongnu, yang akhirnya menghalau mereka keluar dari permainan dagang China. Orang Yuezhi kemudiannya bergerak ke barat, di mana mereka menemui dan mengalahkan Yunani-Baktria—memaksa mereka untuk berundur ke India.
Migrasi Yuezhi ke Baktria juga menyebabkan orang Saka menjadi pelarian, yang bertindak balas dengan menjajah beberapa kawasan Empayar Parthia. Puak Skith dan Saka akhirnya menempatkan diri mereka di sekitar Afghanistan. Pada kurun pertama dan ke-2 A.D., orang Yuezhi berperang dengan orang Skith tersebut sambil berperang di Pakistan dan dengan orang Han di China. Ketika ini, suku Yuezhi disatukan dan membentuk ekonomi agrikultur setempat. Empayar ‘Kushan’ ini bertahan selama tiga abad, sehingga kuasa-kuasa dari Parsi, Pakistan dan India semuanya menjajah bekas wilayah mereka.
4. Kerajaan Mitanni
Negera Mitanni wujud dari tahun 1500 hingga 1200 S.M. dan terdiri daripada kawasan yang kini dikenali Syria dan utara Iraq. Kemungkinan besar anda pernah dengar nama seorang orang Mitanni, sebab bukti menunjukkan bahawa ratu Mesir terkenal Nefertiti dilahirkan sebagai puteri di negara Mesopotamia ini.
Nefertiti barangkali dikahwinkan dengan Firaun sebagai salah satu cara untuk mendekatkan hubungan antara dua kerajaan ini. Orang Mitanni dipercayai mempunyai asal-usul Indo-Arya dan budaya mereka menunjukkan sejauh mana pengaruh India purba menembusi tamadun purba awal Timur Tengah. Mittani menganut kepercayaan Hindu seperti karma, penjelmaan semula selepas mati, dan pembakaran mayat; kepercayaan yang membuatkan hubungan antara Mittani dan Mesir lebih menarik.
Nefertiti dan suaminya, Amenhotep IV berada di pusat revolusi agama di Mesir, namun kita hanya boleh teka sejauh manakah ianya mungkin berkait dengan latar belakang Mitanni beliau. Tetapi Nefertiti juga terkenal akan pengaruh beliau dan selalunya digambarkan dalam situasi seperti memukul musuhnya, yang biasanya dikhaskan untuk Firaun sahaja. Walau kebanyakan di atas masih spekulatif sahaja, cendekiawan berharap akan kerja penggalian akan datang bakal menjumpai ibu negara Mitanni, Washukanni dan mededahkan banyak lagi tentang kerajaan purba ini.
3.Tuwana
Tiada tamadun purba yang lebih hilang atau dilupakan daripada Tuwana. Apabila empayar Hittit (singa Zaman Gangsa Anatolia) tumbang, Tuwana merupakan salah sebuah negara kota yang timbul untuk mengisi vakum kuasa di kawasan yang kini dikenali sebagai Turki.
Semasa kurun ke-9 dan ke-8 S.M., Tuwana menjadi masyhur di bawah pemerintahan beberapa raja, di mana hanya beberapa sahaja diketahui daripada inskripsi. Kedudukan Tuwana bergantung kepada empayar Frigia (Phrygian) dan Assyria untuk memudahkan perdagangan di seluruh Anatolia. Hasilnya, ia berjaya mengumpul kekayaan besar. Di samping ekonomi perdagangan kuat, Tuwana juga didapati kaya dengan kebudayaan. Kerajaan ini menggunakan tulisan hieroglif yang dipanggil Luwian, tetapi kemudian menukar kepada skrip Abjad Phoenicia.
Rupa-rupanya ini mungkin mempunyai kepentingan strategik, sejak kedudukan Tuwana sebagai hubungan antara timur dan barat menyebabkan kerajaan lama ini bersemuka dengan elemen dari budaya Yunani (Greek). Mungkin salah satu hasil daripada semua campuran linguistik di Tuwana adalah terjadinya abjad Yunani. Tak teruk sangat kan untuk sebuah kerajaan yang anda tak pernah dengar. Didapati bahawa lokasi tengah Tuwana dan perpecahan negara kota (city state) Anatolia menyebabkan kerajaan ini terbuka kepada serangan pada awal 700an S.M. Dengan empayar Assyria yang berkembang pesat ke barat, ia menelan setiap sebuah negara kota Hitite di dalam perjalanannya untuk menguasai hampir keseluruhan Timur Tengah.
Jika ianya semua berbunyi spekulatif, ia kerana hingga tahun 2012, apa yang diketahui tentang Tuwana adalah berdasarkan pada beberapa inskripsi dan sebutan di dalam dokumen Assyria. Penemuan terbaru sebuah bandar yang dipercayai pusat keagungan Tuwana mengubah semua itu. Dengan penemuan besar dan dipelihara dengan baik ini, ahli arkeologi telah mula mencantum semula teka-teki cerita sebuah kerajaan berkuasa dan kaya, yang mengawal perdagangan melalui Pintu Gerbang Cicilian(Cicilian Gates) untuk beberapa abad. Dan memandangkan genting Cicilian adalah seperti Jalan Sutera (Silk Road) yang sangat mampat, potensi arkeologi Tuwana adalah sangat besar.
2. Empayar Maurya
Chandragupta Maurya boleh dikatakan Alexander the Great India. Jadi sesuailah kalau mereka berdua dipercayai pernah bertemu. Chandragupta merisik bantuan Macedonia dalam usaha beliau menguasai sebuah benua kecil, tetapi askar Alexander terlalu sibuk dengan pemberontakan dalaman.
Tidak berputus asa, Chandragupta menyatukan sebahagian besar India di bawah pemerintahannya dan berjaya menjajah setiap sudut benua kecil ini. Beliau melakukan semua ini pada usia 20. Selepas kemangkatan Alexander, empayar Maurya lah yang menyebabkan pengganti-pengganti Alexander tidak dapat berkembang lebih jauh ke dalam India. Chandragupta dengan sendirinya mengalahkan beberapa jeneral Yunani ini di medan pertempuran, dimana selepas itu mereka memilih untuk ke meja perundingan daripada menghadapi risiko perang terbuka.
Tidak seperti Alexander, Chandragupta meninggalkan perancangan birokrasi teliti dan kerajaan untuk memastikan legasi beliau terus hidup. Dan ianya mungkin boleh bertahan lebih lama jika tidak kerana rampasan kuasa pada 185 S.M. yang menyebabkan India berpecah, lemah dan terbuka kepada serangan dari satu lagi tamadun purba Yunani yang terletak hanya di utara.
1. Indo-Yunani
Ada sebabnya anda tidak boleh bercakap tentang dunia purba tanpa menyebut orang-orang Yunani (Greek)—mereka ada di merata-rata. Seperti yang diterangkan, tekanan kuasa luar telah menyebabkan kejatuhan Yunani-Baktria, tetapi sebuah tamadun purba Indo-Yunani dapat meneruskan api kebudayaan Yunani selama dua abad lagi di bahagian barat laut India.
Raja Indo-Yunani paling terkenal, Menander, dipercayai menukar ke agama Buddha selepas berdebat panjang dengan ahli falsafah Nagasena, yang merekodkan perbualan mereka di dalam “The Questions of King Menander”. Pengaruh Yunani boleh dilihat jelas pada campuran gaya artistik mereka. Walaupun patung-patung yang masih elok sukar didapati, beberapa jumpaan menunjukkan sami Buddha dan penganutnya diukir dengan cara Yunani, lengkap dengan jubah Yunani.
Berdasarkan pada sesetengah syiling Indo-Yunani yang menggunakan proses metalurgi unik milik China, ia dipercayai bahawa wujudnya perdagangan pesat antara dua buah negara ini. Mengikut kisah penjelajah China, Zhang Qian, membuktikan hubungan perdagangan ini wujud sejak seawal penghujung kurun kedua S.M.. Kejatuhan kerajaan Indo-Yunani mungkin disebabkan oleh kombinasi kedatangan orang Yuezhi dari utara dan perkembangan pesat kerajaan India asli dari selatan.
Sumber : Duniaviral.com
Post a Comment