Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tabung masjid lesap, jam antik setinggi dua meter turut dikebas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tabung masjid lesap, jam antik setinggi dua meter turut dikebas

Dua tabung derma dan jam randik antik setinggi kira-kira dua meter di Masjid Sungai Kechil, Nibong Tebal dilarikan pencuri awal pagi semalam. — Paparan skrin GoogleNIBONG TEBAL, 6 Ogos — Dua buah tabung duit dan jam randik antik setinggi kira-kira dua meter di dalam Masjid Sungai Kechil di sini dicuri semalam.

Ketua polis daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafee Abdul Samad berkata kejadian pada awal pagi itu disedari tok siak yang kemudiannya membuat laporan polis.

“Pintu masuk masjid hanya ditutup dengan selak dan tanpa dikunci. Tabung-tabung itu berada berhampiran laluan keluar masuk ke dalam masjid,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pihak polis percaya kejadian itu dilakukan lebih dari seorang individu yang memasuki masjid melalui pintu sebelah tepi yang tidak berkunci.

Kereta rempuh lima remaja

Sementara itu di Putrajaya, lima remaja lelaki berusia antara 16 dan 19 tahun cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan dan terbabas ketika mereka sedang duduk di atas motosikal di Jambatan Sri Gemilang, Presint 4 di sini awal pagi ini.

Ketua polis daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan ketika dihubungi berkata kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu berpunca daripada sebuah kereta Proton Perdana yang hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta Honda Civic.

“Proton Perdana itu seterusnya terbabas dan merempuh 11 motosikal yang diletakkan di tepi jalan. Kelima-lima remaja berkenaan cedera ringan dan dirawat di Hospital Putrajaya.

“Ujian air kencing ke atas kedua-dua pemandu kereta itu adalah negatif. Pemandu Proton Perdana yang berusia 26 tahun ditahan dan sudah dibebaskan dengan jaminan,” katanya lagi.

Menurut Rosly, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Bernama



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2aYtahR

Today updated news promoted by Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.