Hi! Welcome Back and Stay Tune! Instagram Ada Fungsi Baru 'Stories'. Tapi Gambar Hilang Selepas 24 Jam? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Instagram Ada Fungsi Baru 'Stories'. Tapi Gambar Hilang Selepas 24 Jam?

Instagram dah ada ciri atau feature baru iaitu 'Stories'. Apa benda Stories ni? Okay, Stories ni membolehkan korang update gambar, edit, tambah text dan sebagainya. Tapi, gambar tu akan hilang selepas 24 jam. Siapa guna Snapchat mesti faham. Jadi apa yang korang perlu buat dan macam mana nak guna Stories ni?

1. Update Instagram 
 

Korang dah update ke belum Instagram korang? Kalau belum maknanya korang belum boleh guna ciri baru ni tapi kalau dah mesti excited kan? Boleh pergi App Store check update Instagram untuk iPhone, kalau Android boleh check kat Play Store. 

2. Nak post apa?
 

Bila dah update. Korang akan nampak icon + kat belah atas kiri. Kemudian click icon + tu untuk pilih gambar atau video. Kalau nak pilih gambar semalam kelmarin pun tak ada masalah. 

3. Boleh lah hias gambar 
 

 
Korang boleh masukkan text, tukar warna dan sebagainya. Contohnya, kalau hari tu birthday kawan korang, snap gambar dia, masukkan ucapan Happy Birthday, lukis belon sikit, siap! Best kan?

4. Boleh tengok stories orang lain
 

Korang pun boleh je tengok stories orang lain. Tapi kalau IG korang private jadi siapa yang follow je lah boleh tengok. Okay? Selamat menggodek hehe

Sumber : Mashable

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.