Hi! Welcome Back and Stay Tune! 100 Kanak-kanak Kurang Upaya Sertai BIM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

100 Kanak-kanak Kurang Upaya Sertai BIM

KOTA KINABALU: Seratus kanak-kanak kurang upaya antara kira-kira 10,000 peserta yang akan menyertai Maraton Antarabangsa Borneo (BIM) pada 7 Mei depan.

Presiden Kelab Larian Kinabalu yang juga pengarah perlumbaan BIM, Datuk Dr Heng Aik Cheng, berkata kejohanan edisi ke-10 itu akan turut mendapat kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF).

“Untuk kejohanan BIM tahun ini, kita akan bekerjasama dengan UNICEF dengan tema larian kali ini ialah #thisability iaitu bagi mempromosikan kesungguhan kanak-kanak kurang upaya.

“Kita mahu memberi peluang kepada kanak-kanak kurang upaya untuk meningkatkan kebolehan serta potensi mereka dan kita juga mahu mereka menyertai semua aktiviti yang kami jalankan,” katanya ketika berucap sempena pelancaran BIM UNICEF, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dan wakil UNICEF ke Malaysia, Marianne Clark-Hattingh.

Terdahulu, Heng berkata peserta perlumbaan kali ini dijangka meningkat berbanding tahun lalu.

“Kita jangkakan antara 8,000 hingga 10,000 peserta termasuk dari luar negara akan menyertai kejohanan tahunan ini,” katanya.

Larian yang mula diperkenalkan pada 2008 itu bakal mempertandingkan empat kategori larian iaitu sejauh 42 kilometer (km), 21km, 15km dan 5km.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mOt6Fm

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.