Hi! Welcome Back and Stay Tune! Knowledge Park Rugi Hampir RM1 Bilion Sebab Vandalisme - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Knowledge Park Rugi Hampir RM1 Bilion Sebab Vandalisme

KUALA LUMPUR – Hub Pendidikan di Besut, Terengganu dikenali sebagai ‘Knowledge Park’ atau Taman Ilmu yang hampir disiapkan pada 2014, selepas bertahun-tahun terbengkalai disebabkan kekurangan dana dan percanggahan politik.

Namun setelah dua tahun tersadai, kompleks seluas 280 hektar yang menelan belanja RM746.26 juta itu musnah akibat vandalisme.

Satu laporan bocor bertarikh Oktober 2016 yang disiarkan Malay Mail Online minggu ini menganggarkan sejumlah RM230.6 juta diperlukan untuk proses membaik pulih 60 peratus daripada keseluruhan projek di pesisir pantai kampung Tembila itu.

Malah laporan itu juga mendedahkan tahap kerosakan dan kemusnahan yang dialami oleh projek tersebut yang pada asalnya merupakan inisiatif daripada bekas Menteri Besar Datuk Idris Jusoh dalam membangunkan pedalaman Besut.

Hub Pendidikan Besut Kerugian Hampir RM1Bilion

Projek berskala besar itu turut menempatkan sebuah masjid yang bernilai RM60 juta dan telah dibuka kepada awam sejak 2014. Manakala selebihnya musnah begitu sahaja termasuklah perpustakaan, sistem penyejukan serta loji rawatan kumbahan.

Menerusi foto yang dipaparkan, banyak bahagian dalaman bangunan-bangunan yang terdapat di sana sudah rosak. Antaranya siling runtuh, batang keluli terdedah dan pintu-pintu juga pecah.

Hub Pendidikan Besut Kerugian Hampir RM1Bilion

Selain itu, kompleks sukan yang terdapat di dalam projek mega itu juga turut menerima nasib yang sama, yang mana jelas dipaparkan menerusi foto itu tiang lampu tumbang dan wayar serta kaca bertaburan.

Sejumlah RM872.5 juta peruntukan dana dipaparkan di dalam laporan tersebut yang mana ia dua kali ganda peruntukkan asal yang dikeluarkan pada 2013 iaitu RM400 juta.

Tambah mengejutkan lagi, sebuah bangunan pentadbiran bernilai RM38 juta dirobohkan begitu sahaja setelah membelanjakan sebanyak RM17.86 juta kerana bahan-bahan binaan yang digunakan tidak menepati piawaian serta atas faktor-faktor keselamatan.

Daripada keseluruhan bajet, hanya RM144.1 juta sahaja baki tinggal yang mana ia tidak mampu untuk menampung kos membaik pulih projek tersebut.

Susulan kebocoran laporan tersebut, laman Malay Mail Online cuba mendapatkan pengesahan daripada Idris dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkenaan status projek tersebut.

Hub Pendidikan Besut Kerugian Hampir RM1Bilion

Pada bulan lalu, Ahmad Razif menerusi laporan Berita Harian mendedahkan bahawa projek tersebut bakal bermula pada Oktober ini.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi yang diketuai oleh Idris, yang juga Ahli Parlimen Besut, untuk merealisasikan projek tersebut.

Hub Pendidikan Besut Kerugian Hampir RM1Bilion

Pada tahun 2013, Malay Mail Online ada melaporkan bahawa pembinaan di tapak itu bermula perlahan meskipun selepas diambil alih oleh pengganti Idris dan serangan politik daripada Datuk Seri Ahmad Said yang cuba mengambil alih pentadbiran Terengganu yang pada perancangan asalnya cuba disiapkan menjelang 2008.

Semasa lawatan Malay Mail Online di tapak lokasi, tiada kelibat pengawal keselamatan dilihat malah anak-anak muda bebas bermain basikal di tapak projek itu tanpa sebarang sekatan.

Kerja-kerja pembinaan di tapak itu bermula pada pertengahan 2007, kira-kira tiga tahun selepas Idris berjaya merampas kembali Terengganu daripada pemerintahan PAS, dan selepas Sultan Mizan Zainal Abidin menggantikan beliau dengan Ahmad.

Knowledge Park Rugi Hampir RM1 Bilion Sebab Vandalisme

Sementara itu, bagi universiti awam pula penggabungan belanjawan untuk tahun ini dikurangkan sebanyak 19 peratus atau RM1.5 bilion daripada keseluruhan bajet tahun 2016.

Daripada 20 institusi awam di Malaysia, 10 buah universiti berdepan pengurangan bajet dari 10 peratus hingga 31 peratus termasuklah universiti yang berada di carta teratas dalam bajet 2017 yang diumumkan pada Oktober tahun lalu.

Pengurangan ini menyebabkan jumlah peruntukan 2017 bagi Kementerian Pendidikan Tinggi menjunam kepada RM12.13 bilion daripada RM13.38 bilion bagi 2016 walaupun Putrajaya meningkatkan bajet keseluruhan bernilai RM260.8 bilion. Dalam pada itu, kerajaan juga menjangka untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar.

Kesannya orang ramai berasa tidak puas hati terhadap pengurangan bajet 2016 yang mana memperlihatkan 19 daripada 20 belanjawan universiti dikurangkan yang mana sesetengahnya mengalami penyusutan sebanyak 20 peratus daripada peruntukan sebelum ini seperti Universiti Malaya yang dikurangkan sebanyak 27. 3 peratus atau RM175 juta.

Sumber: The Malay Mail Online

[embedded content]


Loading…

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nE5Bw3

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.