Hi! Welcome Back and Stay Tune! Konvensyen Warga Felda Didalangi DAP? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Konvensyen Warga Felda Didalangi DAP?

KUALA LUMPUR – Bendahari Konvensyen Warga Felda, Tuan Syed Ibrahim Syed Noh tidak menjawab pendedahan beberapa pihak bahawa program itu sebenarnya didalangi oleh parti DAP yang bertujuan menghasut orang Melayu Felda supaya membenci kerajaan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu kenyataan hari ini sebaliknya mendakwa kononnya persoalan seperti itu berbaur perkauman dan berfikiran sempit.

“Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad berkata tujuan Konvensyen bermotif politik dan untuk menghasut serta membenci kerajaan.

“Pengerusi Kami Anak Felda Wilayah Kuantan menuduh Konvensyen didalangi DAP. Kritikan begini menunjukkan sikap sempit dan berbaur perkauman,” dakwanya.

Umum sedia maklum DAP yang dilihat ramai pihak sebagai sebuah parti berasaskan kaum Cina sudah lama mengidam menyerapkan dakyah jahat mereka tentang UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) ke atas orang Melayu Felda.

DAP sukar berbuat demikian sebelum ini kerana tidak mempunyai platform untuk berbuat demikian tetapi parti itu kini memiliki pemimpin Melayu daripada PKR, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menyempurnakan hasrat mereka.

Tuan Syed Ibrahim seterusnya mengingatkan semua pihak bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang pernah menegaskan bahawa pihak pengurusan Felda dan kerajaan wajar menyertai konvenysen tersebut.

Beliau dalam pada itu memuji Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengalu-alukan penganjuran konvensyen berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

[embedded content]


Loading…

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nE2FQj

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.