Hi! Welcome Back and Stay Tune! FAM Sambut Baik Keputusan AFC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FAM Sambut Baik Keputusan AFC

DATUK Hamidin Mohd Amin. – Foto NSTP/Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima baik keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menetapkan tarikh baharu perlawanan bola sepak pusingan kelayakan Piala Asia 2019 pada 8 Jun depan, serta menerima permohonan untuk beraksi di gelanggang berkecuali.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pindaan tarikh itu juga memberi lebih masa kepada skuad Harimau Malaysia bimbingan Datuk Ong Kim Swee membuat persediaan menjelang pertembungan dengan Korea Utara itu.

“Pada dasarnya, FAM menerima baik tarikh berkenaan dan kita memang tidak boleh hendak meminta lebih.

“Untuk persediaan skuad negara pula, kita ada masa untuk buat persiapan sebab masa lebih panjang untuk mempersiapkan pemain. Yang penting kita tidak bermain di Pyongyang,” katanya.

AFC hari ini mengumumkan tarikh baharu perlawanan pembukaan Kumpulan B pusingan kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia, yang sebelum ini dijadual berlangsung pada 28 Mac ini.

Aksi pembukaan Kumpulan B itu yang sepatutnya diadakan di Pyongyang, ditangguh atas permohonan FAM untuk mengadakan perlawanan di gelanggang berkecuali atas faktor keselamatan.

Ini berikutan situasi tegang hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara selepas pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.

Korea Utara juga diberi masa sebulan sehingga 14 April ini untuk mengemukakan cadangan gelanggang berkecuali kepada AFC, dan jika gagal berbuat demikian AFC akan memutuskan venue berkecuali untuk perlawanan berkenaan.

Seandainya venue berkecuali dipilih untuk perlawanan pertama, atas semangat kesukanan perlawanan timbal balik antara kedua-dua pasukan itu juga akan diadakan di venue berkecuali.

Sementara itu, Hamidin berkata FAM juga sedang meninjau beberapa gelanggang berkecuali untuk perlawanan timbal balik antara Malaysia dan Korea Utara pada 14 November depan.

“Kita ada dua atau tiga gelanggang yang dalam pertimbangan, antaranya Singapura atau Thailand sebagai venue timbal balik. Kita akan maklumkan nanti apabila tiba masa,” katanya. – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mrVZ7D

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.