Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video: ‘Jangan Solat Macam Anjing ‘ – Fynn Jamal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video: ‘Jangan Solat Macam Anjing ‘ – Fynn Jamal

TIDAK dapat dinafikan, perubahan penyanyi Fynn Jamal dari dahulu sehingga kini memang banyak.

Imej baharu yang ditunjukkan oleh Fynn adalah berniqab, perubahan yang sangat baik untuk seorang wanita muslimah mendekatkan diri kepada yang maha esa.

Bagaimanapun, menjadi tular sebuah video yang memaparkan Fynn mendakwa cara perempuan bersolat haruslah sama dengan lelaki.

Menurutnya, setiap perempuan tidak perlu bersujud dengan merapatkan kedua-dua lengannya yang mana perbuatan itu seolah-olah merujuk kepada seekor anjing.

“Solat perempuan dan lelaki adalah sama, kak fynn ulang ya, sama. Jadi kita(perempuan) selama ni bersolat seperti malu-malu, menutup ketiak itu adalah perbuatan yang salah,” ujarnya menerusi video.

Katanya lagi, sujud dengan menurunkan lutut dahulu adalah salah, sebaliknya harus sujud dengan menggunakan tangan dahulu, kemudian diikuti dengan pergerakan lutut.

Ekoran dakwaan daripada Fynn, netizen mula mempersoalkan dakwaan itu sehinggalah ia mengundang pelbagai kecaman dari pelbagai pihak, termasuk daripada segelintir ulama dan pengamal ilmuan Islam.

Menjawab kepada ‘fatwa’ penyanyi itu, seorang ilmuan islam, Abdul Rahman menerusi perkongsian di laman tampil menafikan dan mengatakan bahawa tidak menjadi kesalahan semasa turun sujud menggunakan lutut atau tangan terlebih dahulu kerana kedua-duanya adalah betul.

Rahman menjelaskan di mana keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali menyuruh wanita rapatkan lengan ketika sujud dan rukuk. Jom ikuti penjelasannya

M A Z H A B  H A N A F I :

Disebutkan dalam Kitab Al-Durr Al-Mukhtar:

“Dan (ketika sujud) wanita hendaklah lengannya diturunkan / direndahkan (ke lutut) supaya dia tidak menzahirkan kedua lengannya. Dan hendaklah dia MERAPATKAN perutnya dengan kedua pehanya kerana yang demikian itu lebih tertutup. Dan kami telah tulis dalam Al-Khazain (mungkin nama kitab Hanafi) bahawa (solat) wanita berbeza dengan lelaki dalam 25 perkara”.

M A Z H A B  M A L I K I :

1) Kata Ibnu Abi Zaid Al-Qairawani dalam Matan Al-Risalah (matan muktabar dalam fiqh Mazhab Maliki):

“Dan keadaan wanita dalam solat ialah seperti orang lelaki, cuma wanita MERAPATKAN dan tidak meluaskan kedua pehanya dan KEDUA LENGANNYA”.

2) Kata pengarang Al-Syarh Al-Kabir:

“Bahawasanya wanita disunatkan MERAPATKAN (anggota badannya) ketika rukuk dan sujudnya”
Kemudian Imam Al-Dusuqi menghuraikan maksud kalam di atas dalam Hasyiah-nya:

“Iaitu: wanita hendaklah MERAPATKAN perutnya dengan pehanya, dan sikunya dengan lututnya”.

M A Z H A B  S Y A F I E :

1) Untuk Mazhab Syafie, kita bagi Matan Abi Syuja’ je lah:

“Dan wanita MERAPATKAN anggotanya antara satu sama lain”.

2) Atau kalau nak rujuk Imam Syafie terus pun boleh. Kata beliau dalam Kitab Al-Umm:
“Dan lelaki serta wanita adalah sama dalam hal zikir dan solat. Tetapi aku memerintahkan agar wanita menutup selain daripada apa yang dilakukan oleh lelaki ketika rukuk dan sujud, iaitu dengan MERAPATKAN sebahagian anggotanya dengan sebahagian yang lain”

M A Z H A B  H A N B A L I :

Imam Ibnu Qudamah menyebutkan dalam matan Fiqh Hanbali yang masyhur yang bernama Al-Muqni’:

“Dan wanita sama seperti lelaki dalam semua hal tersebut, kecuali wanita menghimpunkan dirinya (merapatkan anggota badannya) ketika rukuk dan sujud”.Keempat-empat mazhab menyuruh wanita rapatkan lengan ketika sujud dan rukuk.

“Keempat-empat mazhab menyuruh wanita rapatkan lengan ketika sujud dan rukuk,” tulisnya.

Apa-apa pun walaupun Fynn telah dikecam hebat oleh netizen, tetapi Rahman meminta semua pihak untuk tidak menghentam dan mencaci penyanyi itu. Malah, meminta Fynn untuk mencari guru fiqh yang bermazhab dan bukan yang baru nak mula mencipta mazhab. -MYNEWSHUB.CC


Loading…

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mN8FIK

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.