Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gagal Kawal Pemain, United Didenda RM109,979 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gagal Kawal Pemain, United Didenda RM109,979

Pengadil perlawanan, Michael Oliver dikerumuni oleh beberapa pemain United selepas pemain tengah, Ander Herrera diarah keluar padang kerana dilayangkan kad kuning kedua 10 minit sebelum babak pertama berakhir. – Foto AFP

LONDON: Manchester United didenda AS$24,784 (RM109,979) kerana gagal mengawal pemain kelab berkenaan ketika kekalahan di suku akhir Piala FA kepada Chelsea, kata Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA), semalam.

Pengadil perlawanan, Michael Oliver dikerumuni oleh beberapa pemain United selepas pemain tengah, Ander Herrera diarah keluar padang kerana dilayangkan kad kuning kedua 10 minit sebelum babak pertama berakhir.

Ia susulan dua kekasaran yang dilakukannya ke atas penyerang Chelsea, Eden Hazard di Stamford Bridge.

United mengakui pertuduhan itu dan menerima hukuman denda berkenaan.

“Ia (pertuduhan) berkaitan dengan pelanggaran Peraturan FA E20 (a) kerana gagal memastikan pemain mengawal diri mereka dalam keadaan sepatutnya pada atau sekitar minit ke-35 perlawanan suku akhir Piala FA melawan Chelsea pada Isnin 13 Mac 2017, ” kata FA.

Pengurus United, Jose Mourinho yang kembali ke kelab yang memberinya tujuh gelaran utama dan jurulatih Chelsea, Antonio Conte terpaksa diasingkan selepas berlaku perbalahan berikutan arahan keluar padang itu.

Chelsea memenangi perlawanan 1-0 menerusi jaringan N’Golo Kante pada minit ke-51.

Reuters

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nx1gyI

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.