Tenis: Kyrgios Tarik Diri Aksi Temu Federer
NICK Kyrgios menarik diri daripada pertemuan suku akhir Masters ATP Indian Wells melawan Roger Federer yang dijadual berlangsung, awal pagi tadi sambil menyalahkan keracunan makanan sebagai punca. – Foto AFP
INDIAN WELLS, Amerika Syarikat: Bintang tenis Australia, Nick Kyrgios menarik diri daripada pertemuan suku akhir Masters ATP Indian Wells melawan Roger Federer yang dijadual berlangsung, awal pagi tadi sambil menyalahkan keracunan makanan sebagai punca.
“Malangnya, saya tidak mampu bermain pada hari ini kerana tidak sihat,” kata Kyrgios menerusi Twitter. “Pada tahap ini, saya fikir keracunan makanan dan saya berdoa ia tidak lebih daripada itu.”
Kyrgios dijadual melawan Federer selepas menyingkirkan penyandang juara yang juga pemain nombor dua dunia, Novak Djokovic di peringkat 16 terakhir, pada Khamis lalu.
Masalah kesihatan yang dialami secara tiba-tiba adalah satu takdir buat bakat muda berusia 21 tahun itu, yang kini sudah mula menunjukkan potensi selepas sering dipalit dengan kontroversi.
Kemenangan ke atas Djokovic di Indian Wells adalah yang kedua dalam tempoh sebulan mengikuti kejayaan di Acapulco.
Dalam satu kenyataan, pemain nombor 16 dunia itu berkata sukar untuknya membuat keputusan menarik diri daripada kejohanan berkenaan.
“Selepas tidak dapat berehat disebabkan kesakitan ini, tiada apa lagi bagi saya untuk bermain dengan juara yang hebat seperti Roger dan saya perlu berada di tahap terbaik untuk memiliki peluang,” kata Kyrgios.
“Saya tidak mengambil keputusan ini dengan mudah, ini adalah perlawanan yang kami berlatih, namun saya tidak berada dalam keadaan cergas untuk berada di gelanggang. Saya meminta maaf kepada peminat-peminat…”
Federer dalam pada itu meluahkan sokongannya terhadap Kyrgios.
“Harap kamu merasa baik@NickKyrgios,” tulis legenda tenis Switzerland itu di Twitter. – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mBWTxt✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment