Kim Swee Bimbang Aksi Di Luar Asia Tenggara
DATUK Ong Kim Swee pada sesi latihan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, petang tadi.
SHAH ALAM: Perubahan tarikh perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 membabitkan Malaysia dan Korea Utara mampu mendatangkan masalah andai Persatuan Bola Sepak Korea Utara (PRKFA) memilih untuk beraksi di luar Asia Tenggara.
Ia diakui pengendali skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, yang menjelaskan aksi di gelanggang berkecuali yang berlangsung luar Asia Tenggara akan memberi kesan terhadap tempoh perjalanan pergi dan balik bakal diharungi anak buahnya.
“Kita tidak ada masalah dengan tarikh baharu itu tetapi kita tidak ada banyak pilihan. Kita perlu terima ketetapan yang dibuat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di mana perlawanan perlu dilangsungkan pada 8 Jun.
“Cuma kemungkinan ia memberi masalah daripada aspek perjalanan kerana jika aksi kekal di Pyongyang atau China, tempoh perjalanan jauh akan memberi kesan kepada kita memandangkan perlu beraksi menentang Lubnan pada 13 Jun.
“Jadi, saya mengharapkan aksi di gelanggang berkecuali itu diadakan di negara Asia Tenggara seperti Thailand, Laos atau Kemboja. Jurang perjalanan dengan lokasi terbabit lebih pendek dan sedikit sebanyak dapat memudahkan kita.
“Apa pun, Korea Utara ada kuasa untuk memilih mana mana lokasi atas tiket sebagai tuan rumah dan kami sudah bersedia untuk beraksi di venue yang akan ditetapkan nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, di sini, petang tadi.
Mengulas lanjut berhubung tempoh singkat antara dua perlawanan terbabit, Kim Swee mengharapkan perjalanan liga dapat ditunda lebih awal bagi memberi peluang kepada pasukan kebangsaan melakukan persiapan yang lebih rapi untuk menghadapi perlawanan berkenaan.
“Dua aksi ini begitu penting kerana ia bakal mencorak peluang kita. Keputusan yang positif akan mencerahkan laluan kita untuk ke peringkat seterusnya.
“Mengenai kedua-dua aksi berkenaan yang berlangsung pada bulan Ramadan dan hanya selang enam hari, ia tidak menjadi isu kerana kita pernah berdepan situasi sama,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nt5uEj✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment