Hi! Welcome Back and Stay Tune! KTM Akan Keluarkan Model Enduro Berenjin Dua Lejang Suntikan Bahan Api, Pengenalan Pada Bulan Mei 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KTM Akan Keluarkan Model Enduro Berenjin Dua Lejang Suntikan Bahan Api, Pengenalan Pada Bulan Mei 2017

Kewujudan model produksi yang menggunakan enjin dua lejang (two stroke) suntikan bahan api (fuel injection) kini semakin hampir apabila pengeluar motosikal dari Austria, KTM mendedahkan enjin teknologi tersebut – yang akan digunakan untuk dua model tahun 2018 iaitu 250 EXC TPI dan 300 EXC TPI.

Dua model ini adalah model enduro, dan KTM masih belum mengeluarkan kenyataan bahawa enjin dua lejang suntikan bahan api ini akan digunakan pada model SX, iaitu model yang tidak boleh didaftar dan dibawa atas jalan biasa.

Kelebihan enjin dua lejang suntikan bahan api Transfer Port Injection (TPI) oleh KTM ini adalah ia tidak lagi memerlukan campuran petrol dan minyak 2T, lebih mesra alam dan menjimatkan bahan api. Bagi aspek kuasa pula, KTM mendakwa rasanya lebih ‘garing’, tidak teragak-agak dan tidak lagi memerlukan pelarasan jetting. Enjin ini juga menepati tahap emisi Euro 4.

Walaupun dinamakan sebagai model tahun 2018, KTM akan melakukan pelancaran media untuk model yang menggunakan enjin dua lejang suntikan bahan api ini pada 15 Mei 2017, dan lebih banyak informasi dan spesifikasi berkenaannya akan didapati pada waktu tersebut.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nqq4Z8

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.