Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mohamad Ucap Tahniah Kepada Pelajar SPM 2016 Negeri Sembilan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mohamad Ucap Tahniah Kepada Pelajar SPM 2016 Negeri Sembilan

SEREMBAN: Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan tahniah kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 Negeri Sembilan yang berjaya meletakkan negeri itu di tangga kedua terbaik peringkat kebangsaan.

Beliau berkata sekolah-sekolah di negeri itu menunjukkan peningkatan yang amat baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.79 berbanding 4.90 pada 2015.

“Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sehingga hasrat kerajaan negeri untuk terus mencemerlangkan agenda pelajaran dapat direalisasikan.

“Tahniah kepada semua pelajar-pelajar yang berjaya, kepada semua ibu bapa dan penjaga dan syabas kepada semua warga pendidik yang bertungkus lumus dan tak pernah kenal erti jemu, terus dengan gigih mendidik anak bangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad turut mengucapkan tahniah kepada Kolej Tunku Kurshiah kerana muncul sekolah terbaik dalam kalangan Sekolah Berasrama Penuh di seluruh negara.

“Tahniah dan syabas juga kepada semua sekolah-sekolah agama yang mencapai keputusan yang amat baik dengan 11 buah sekolah agama di negeri ini mencapai kedudukan 20 buah sekolah terbaik keputusan SPM tahun ini.

“Keputusan sekolah-sekolah di luar bandar amat memberansangkan dan ini jelas menunjukkan bahawa sekolah-sekolah luar bandar juga mencapai kecemerlangan dalam prestasi mereka,” katanya.

Sementara itu, daripada 15,129 calon di Negeri Sembilan, 85.8 peratus layak mendapat sijil berbanding 84.7 peratus pada 2015.

Daripada jumlah itu juga 499 mendapat semua A.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mLhAsE

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.