Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak Boleh Dakwa Atas Tuduhan Membunuh Kerana Remaja Itu Tidak Berniat Membunuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak Boleh Dakwa Atas Tuduhan Membunuh Kerana Remaja Itu Tidak Berniat Membunuh

BUTTERWORTH, PULAU PINANG – Pemandu remaja berusia 19 tahun yang memandu melawan arus sehingga melanggar beberapa kenderaan lain dan menyebabkan seorang lelaki maut mengakui dia berbuat demikian kerana terbayangkan sebuah lori, lapor Free Malaysia Today. 
Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Hamid berkata, remaja yang memandu kereta Proton Gen-2 itu membuat pusingan U di jalan sama sebelum memandu laju melawan arah trafik sejauh lima kilometer, kemudian merempuh sebuah kereta Perodua Kelisa menyebabkan pemandunya, Mohamad Fandi Rosli, 26, maut di tempat kejadian. 
Difahamkan, remaja terbabit dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab di Bukit Mertajam menuju ke rumahnya di Butterworth. Namun terlepas jalan ke Permatang Pauh dan terus menuju ke Plaza Tol Sungai Dua. 
“Di situ dia melihat seakan-akan sebuah lori di tengah jalan dan dengan pantas membuat pusingan U ke lorong paling kanan, meletakkan kereta itu di arah berlawanan di lorong paling kanan. 
“Ketika membuat pusingan secara tiba-tiba itu, dia menggeser tiga buah kenderaan lain sebelum memandu secara melawan arus sejauh lima kilometer, merempuh sebuah Perodua Kelisa dan lima lagi kenderaan lain. 
“Pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati, tiada lori di tengah jalan seperti yang didakwanya,” kata Nik Ros. 
Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menggesa agar remaja terbabit didakwa atas tuduhan membunuh. Bagaimanapun, dakwaan itu tidak boleh dilakukan kerana tindakan remaja itu tidak berniat membunuh. 
“Seksyen 44 Akta Jabatan Pengangkutan Jalan membawa hukuman 4-10 tahun, manakala bagi kesalahan membunuh tanpa sengaja di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan, ia hanya membawa hukuman maksima 2 tahun,” katanya. 
Nik Ros turut mengesahkan bahawa remaja terbabit dalam keadaan khayal kerana pengambilan dadah, tetapi polis masih menguji sampel darah untuk kandungan alkohol. 
“Remaja itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah,” katanya. – The Reporter


>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mKWXwK

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.