Hi! Welcome Back and Stay Tune! 10 Perkara Ini Memang Wanita Tak Boleh Katakan ‘TIDAK’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

10 Perkara Ini Memang Wanita Tak Boleh Katakan ‘TIDAK’

Setiap wanita mempunyai citarasa berbeza dan perkara yang mereka iginkan juga tidak sama.

Daripada ciri-ciri lelaki idaman sehinggalah ke makanan dan filem kegemaran, masing-masing ada pilihan tersendiri.

Namun, sebenarnya ada beberapa perkara yang memang wanita tak boleh katakan TIDAK! Nak tahu apa dia, jom kita bongkar.

1. Tak boleh ‘reject’ lelaki kacak

Perempuan tidak akan menolak jika ada antara kawan lelakinya yang ‘handsome’ mengajak dia keluar. Tidak kira ajak ‘dating’ atau sekadar pergi makan, wanita tidak mampu menolak pelawaan mereka.

2. Bila ajak lepak Starbucks

Cuba ajak mana-mana perempuan lepak Starbucks dan tengok reaksi mereka, pasti mereka tidak akan menolak!

Apa yang bestnya lepak Starbucks?? Rasa puas minum air yang mahal atau pentingkan selfie???

3. Keluaran make-up terbaru

Hampir setiap minggu ada je produk baru yang keluar. Walaupun dah ada barang yang hampir sama tetapi jika ada yang baru, pasti tak boleh katakan ‘TIDAK’.

4. Filem romantik

Walaupun perempuan tu jenis kasar atau sedikit tomboy-ish, kalau ada filem romantik ditayangkan, memang tidak akan menolak peluang untuk pergi menonton.

5. Justin Bieber

Populariti Justin Bieber semakin meningkat naik, lagi-lagi selepas dia menjadi dewasa. Dah la suara sedap, kacak pulak tu.

Kalau ada lagu Bieber berkumandang di radio, tiada siapa mampu menahan diri daripada berkaraoke.

6. Rancangan realiti

Kebanyakkan golongan wanita hampir pasti akan terpacak depan tv setiap kali ada rancangan realiti ditayangkan.

Daripada Akademi Fantasia, Mentor mahupun Keeping Up with The Kardashian, pengikut setia rancangan sebegini adalah kaum wanita.

7. Tidak akan menolak pelawaan BFF walaupun tak sihat

Tak kiralah tengah demam, letih atau tertekan dengan masalah. Jika ada diantara BFF yang ajak lepak, memang akan terus kata ya! Wanita sangat menjaga hubungan dengan sahabat mereka.

8. Sanggup tengok drama/filem yang sama berulang kali

Lagi-lagi kalau drama Korea berjudul Goblin! Memang tiada masalah untuk menonton berulang kali. Mungkin sebab rupa hero yang kacak!

9. Wanita lebih suka lelaki gentleman dari bad boy

Ramai lelaki anggap wanita sukakan bad boy tetapi sebenarnya lelaki gentleman menjadi idaman.

10. Kaum hawa tak boleh tolak jualan murah!

Pantang nampak perkataan SALE memang laju je kaki tu. Memang akn beli tak kira berapa harga barang tersebut. Tapi yang tukang bayar tu mesti la lelaki. Pulak dah!

 


Koleksi video viral edisi 2017


Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2q3fbL9

✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.