Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 Petanda Awal Kanser Ovari Yang Sering Dianggap Masalah Biasa Oleh Wanita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 Petanda Awal Kanser Ovari Yang Sering Dianggap Masalah Biasa Oleh Wanita

Kanser ovari selalu dikaitkan wanita yang berusia namun pada di Malaysia, sudah ada kes kanser rahim  dikesan pada usia seawal 26 tahun.

Meski menakut namun kanser ovari yang dikesan di peringkat awal dan dirawat peratusan untuk pulih sangat cerah.

Dalam hal ini wanita perlu mengetahui tanda-tanda awal kanser yang sering kali dikaitkan sebagai pembunuh senyap wanita.  

Ini kerana di peringkat awal, kanser ovari jarang menyebabkan apa-apa gejala kalau ada pun ia sering disalah anggap sebagai masalah biasa walhal sebenarnya cukup berbahaya.


Berikut adalah 7 gejala awal kanser ovari yang selalu dianggap biasa oleh kaum wanita

1. Haid selepas menopaus, pada waktu sepatutnya wanita tidak lagi mengalami haid tapi pendarahan berlaku.

2. Keluar keputihan yang berlebihan - ramai wanita yang mengalami keputihan namun jika ia berlebihan dengana warna berbeza pemeriksaan adalah perlu.

3. Sakit atau tekanan di bahagian bawah perut atau di antara bahagian tulang pinggul.

4. Sakit belakang

5. Perut rasa kembung, bawah perut membengkak atau terasa penuh

6. Cepat rasa kenyang semasa makan.

7.  Perubahan tabiat dalam bilik mandi, seperti kerap membuang air kecil, sembelit atau cirit-birit.

Jumpa doktor jika lebih dua minggu

Beri perhatian perubahan yang berlaku pada diri kita. Perhatikan apa yang normal dan apa perubahan luar biasa yang berlaku.

Jika mempunyai tanda-tanda yang disebutkan di atas selama dua minggu atau lebih, sila berjumpa  doktor.

Gejala-gejala  ini mungkin  disebabkan oleh sesuatu  yang bukan kanser, tetapi  satu - satunya cara untuk mengetahui adalah dengan berjumpa doktor.

5 golongan wanita yang lebih berisiko

Bagi anda yang ada dalam 5 golongan disaran tidak berlengah untuk pemeriksaan bila mengalami tanda-tanda awal kanser ini. Anda termasuk yang dalam golongan wanita yang lebih berisiko atau lebih mudah menghidap kanser ovari.

1. Berada pada usia pertengahan, usia lebih 40 tahun atau lebih.

2. Mempunyai ahli keluarga terdekat (seperti ibu,kakak,ibu saudara atau nenek) sama ada sebelah ibu atau bapa yang menghidap kanser ovari.

3. Mengalami kanser payudara atau kanser kolorektral.

4. Tidak pernah melahirkan anak atau mempunyai masalah untuk mengandung.

5. Mempunyai endometriosis (keadaan di mana tidu daripada lapisan dinding rahim tumbuh di tempat lain.

Rawatan paling berkesan adalah apabila kanser ovari ditemui dan dirawat di peringkat awal.

Sumber: www.care.upm.edu.my & www.makna.org.my


via Bin UsrahUntuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2q8ogBI

✍ Sumber Pautan : ☕ Viral Semasa


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.